Boleh Bernyanyi 2 Nada Dalam Satu Lagu.


Bernyanyi dengan dua nada secara bersamaan mungkin terdengar mustahil, namun perkara itu tidaklah mustahil bagi seorang bernama Anna-Maria Hefele, seorang pemuzik wanita dengan gaya klasik berasal dari  Jerman.

Dalam tayangan sebuah video YouTube yang baru-baru ini di muat naik melalui akaun rasmi miliknya, Hefele menunjukkan kemampuan yang sangat menakjubkan dengan melakukan nyanyian nada polyphonic atau disebut 'polyphonic overtone singing'.

Tidak hanya sampai disitu saja, Hefele juga akan menjelaskan kepada penonton tentang apa yang dimaksudkan dengan bernyanyi menggunakan nada polyphonic serta bagaimana tekniknya, dimana sebuah kemampuan teknik suara saat satu orang sedang menyanyikan dua nada pada saat bersamaan.

Menurut Hefele, overtone singing ini awalnya berasal dari negara Mongolia. Dia mendedahkan bahawa dirinya telah berlatih menyanyi dengan suara dari tekak yang unik ini sejak tahun 2005.



Penyanyi pencinta gaya klasik ini berlatih untuk menyanyi dengan nada rendah sambil menyanyikan skala bernada tinggi pada saat yang bersamaan. Ini boleh membuat bulu roma  kita berdiri apabila mendengarnya dengan kepala menggeleng-geleng kerana takjub akan kebolehan luar biasanya. Anda boleh menyaksikan tayangan video aksi dari Anna-Maria Hefele di bawah ini.

Selain mempunyai suara yang jarang berlaku, Hefele juga mampu bermain beberapa instrumen termasuk  mandolin, piano, dan didgeridoo. Dia merupakan sebahagian dari Supersonus 'European Resonance ensemble', sebuah kumpulan atau komuniti yang mempunyai suara sebagai instrumen yang terdengar kaya akan nada, dan bermain muzik dalam cara yang sangat khusus dengan suara sangat unik dalam berkumpulan.

Dalam laman laman rasminya, komuniti ini menjelaskan bagaimana mereka terbentuk selepas mereka mencari suara yang menghubungkan gaya muzik kuno etnik dengan baroque dan muzik awal lain.





0 Komentar untuk "Boleh Bernyanyi 2 Nada Dalam Satu Lagu."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info