Perkara inilah yang dilakukan oleh seorang wanita yang berasal dari Chongqing, China. Ia meyimpankan wang sebanyak 100,000 CNY atau sekitar RM 564499 ke bank untuk di simpan. Yang membuat cerita ini menjadi menarik bukanlah jumlah wangnya, melainkan pecahan wang yang ia simpankan tersebut berbentuk syiling .
Kejadian ini membuat para pegawai bank di kawasan luar bandar Wushan tersebut kecoh dan bersusah-payah. Bagaimana tidak, wanita bernama Su ini membawa enam kotak besar berisi wang syiling 1 yuan yang jumlahnya 100,000 CNY.
Ia mengangkut wang yang jumlahnya sangat banyak itu dari rumahnya menuju ke pejabat cawangan Chongqing Commercial Bank di Bandar wusan menggunakan sebuah lori. Kerana terlalu banyaknya, diperlukan enam pekerja bank dengan masa selama dua jam untuk mengira syiling-syiling tersebut.
Seperti yang dilaporkan oleh Shanghaiist, dianggarkan jumlah berat keseluruhan syiling tersebut kira-kira 650 kilogram. Su berkata wang tersebut merupakan pembayaran pelbagai piutang dari orang lain.
Bagi pihak bank, kes ini bukan merupakan yang pertama kali. Sebulan sebelum kejadian ini, ada beberapa yang kehilangan tempat tinggal di kawasan tersebut yang juga menabung menggunakan wang syiling sama meskipun jumlahnya tidak sebanyak yang disimpankan oleh Su.
0 Komentar untuk "Bawa Wang Syiling Pakai Lori."