Wanita Tertua Raikan Harijadi Ke 117.
Ketika Emma Morano dilahirkan, Umberto I masih memerintah Itali, Fiat baru saja berdiri, dan kelab bola Milan masih dibentuk beberapa minggu.
Perempuan yang menjadi anak tertua dari lapan bersaudara itu lahir pada tahun 1899 di Peidmont, Itali. Pada 29 November 2016, ia menjadi orang tertua di dunia di umurnya yang mencapai 117 tahun.
Menurut pengakuannya, umur panjangnya diwarisi secara genetik, di mana ibunya hidup hingga usia 91 tahun, beberapa umur saudaranya mencapai 100 tahun. Selain itu, ia juga mengambil tiga butir telur - dua di antaranya mentah - selama lebih dari 90 tahun.
Pola makan itu ia jalankan setelah doktor mendiagnosis bahawa dirinya menghidap anemia, tak lama selepas Perang Dunia I. Namun akhir-akhir ini, ia hanya mengambil dua butir telur dan beberapa biskut.
Menurut doktor Morano yang berusia 27 tahun, Carlo Bava, kebiasaan makan Emma menentang anjuran tentang cara hidup sihat.
"Emma hanya makan sayur-sayuran dengan jumlah sangat sedikit, begitu pun buah. Ketika saya bertemu dengannya, ia makan tiga telur per hari, dua mentah di pagi hari, dan kemudian omelette di siang hari, dan ayam semasa makan malam," ujar Bava seperti dikutip dari BBC, Selasa (29/11/2016).
Namun ada satu perkara lain yang disebut Morano membuatnya mempunyai umur panjang, yakni berpisah dengan suaminya pada 1939, satu tahun selepas bayi lelakinya yang berusia enam bulan meninggal dunia.
Menurut Morano, perkahwinannya tidak sihat. Ia pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang maut ketika Perang Dunia I dan tak berminat untuk berkahwin dengan lelaki lain.
Namun, Morano mengatakan kepada La Stampa dalam sebuah wawancara saat dirinya berusia 112 tahun, bahawa ia hanya mempunyai sedikit pilihan.
"Dia berkata kepada saya: 'Jika kamu bernasib baik, kamu akan berkahwin dengan saya, atau aku akan membunuhmu. Aku berusia 26 tahun. Aku berkahwin," ujar Morano.
Walaupun memutuskan untuk berkahwin, ia mengusir suaminya dan tetap menyandang status berkahwin sehingga suaminya meninggal dunia pada 1978. Morano yang memutuskan bekerja sehingga berusia 75 tahun, memilih untuk tidak berkahwin lagi.
"Aku tidak ingin didominasi oleh siapa pun," ujar dia kepada New York Times.
Kisah hidupnya itu memberi inspirasi kepada sebuah persembahan muzik yang menuangkan ceritanya dalam prosa dan tarian. Acara tersebut dipaparkan di Verbania, tempat di mana Morano tinggal cukup lama.
"Mewakili keberanian feminin yang memberontak terhadap kekerasan dalam rumah tangga," ujar penulis pertunjukan itu.
Mungkin Morano tak berada di tempat duduk penonton untuk melihat persembahan, kerana ia tidak pernah meninggalkan apartmen dua biliknya selama 20 tahun. Namun seolah-olah perempuan 117 tahun tersebut akan tetap "kebanjiran" ungkapan simpati.
0 Komentar untuk "Wanita Tertua Raikan Harijadi Ke 117."