Hotel Pelik Kelihatan Seperti Palong



Kitar semula barang terpakai itu memang boleh untuk dijadikan apa saja, misalnya jadi bilik tidur. Seorang ahli perniagaan hotel di wilayah Henan, China, menjadikan palong air menjadi bilik-bilik penginapan.

Ya, satu palung air bersaiz besar itu diubah menjadi bilik yang mampu memuatkan dua orang. Bilik bulat berisi dua katil itu juga dilengkapi penyaman udara. Perniagaan tersebut mempunyai 15 palong dengan cat ala street art di dinding luarnya itu dibentangkan  untuk disewa.

Dengan menukar palong air jadi bilik hotel, perniagaan itu berharap ideanya menarik bagi bandar yang sibuk. Wilayah Henan sendiri mempunyai kepadatan penduduk tertinggi ke-12 di dunia, tepat selepas Mexico.






Hotel dari paip sebenarnya bukan idea yang benar-benar baru. Di Mexico sudah lebih dulu ada hotel sama yang bernama Tubohotel dengan 20 bilik hotel unik, selesa dan menyenangkan. Entah apakah yang di Henan ini mempunyai persamaan kemudahan, yakni bilik tanpa tandas, seperti yang di Mexico. 






0 Komentar untuk "Hotel Pelik Kelihatan Seperti Palong "

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info