Bagi anda pelancong yang berjiwa kental, hotel kren, Faralda di Amsterdam mungkin sesuai untuk anda. Pada ketingggian tingkat 15, hotel ini mempunyai tiga suite mewah seluas 36 meter persegi yang dilengkapi dengan kemudahan seperti televisyen plasma dan sistem hi-fi.
Tiga suite, iaitu 'suite mistik', 'suite rahsia' dan 'suite semangat bebas', mencerminkan tema yang berbeza dan masing-masing diletakkan pada ketinggian 35 meter, 40 meter dan 45 meter dari tanah. Ada juga kemudahan jakuzi di luar di atas kren dan hotel juga menawarkan perkhidmatan bungee jumping dengan kos tambahan.
0 Komentar untuk "Dalam Kren 15 Tingkat Ini Ada Bilik Mewah."