Budak Punyai Tangan Paling Super Besar di Dunia.
SEKUMPULAN doktor di India bingung dengan penyakit tangan seorang kanak-kanak lelaki yang bersaiz gergasi, malah lebih besar daripada kepalanya.
Tangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Kaleem itu adalah seberat lapan kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter.
Kaleem berkata,"Saya tidak mahu ke sekolah kerana cikgu beritahu budak-budak lain takut dengan tangan saya.
"Ramai kanak-kanak sering buli dan pukul saya di sekolah. Mereka juga berkata, mari memukul budak tangan besar."
Kaleem turut mengalami masalah ketika ingin memakai baju, menarik dan menolak seluar, selain membutangkan pakaian dan makan.
"Saya pun tidak tahu sama ada mahu benarkan doktor melakukan pembedahan pada tangan ini.
"Saya tidak mempunyai masalah jika mereka boleh melakukannya tanpa suntikan," ujarnya.Pengarah hospital tempatan, Dr Ratan berkata, "Sepanjang pengetahuan saya, kes seperti ini amat jarang berlaku.
"Saya tidak pernah melihat di dalam jurnal perubatan atau internet tentang kes tangan berkembang dengan besar."Sehingga kita lakukan ujian genetik yang betul, kita tidak akan dapat mengatakan dengan tepat apa yang menyebabkan kecacatan ini."
Menurutnya, hasil pemeriksaan kesihatan setakat ini mendapati Kaleem berada dalam keadaan sihat seperti kanak-kanak lain.mstar.com.
0 Komentar untuk "Budak Punyai Tangan Paling Super Besar di Dunia."