Begini Caranya Seorang Ayah Sediakan Sarapan
Seorang ayah di West Midlands bernama Rob mungkin adalah ayah idaman seluruh anak di dunia. Dia selalu bangun setiap pagi dan menyiapkan sarapan dengan tema yang berbeza-beza untuk anak-anak angkatnya.
Agar anak-anak merasa betah, Rob membuat setiap sarapan menjadi petualang baru untuk mereka. Ia pernah menyiapkan sarapan bertema "Adegan Jenayah", kerajaan, dan dinosaur.
"Sarapan kegemaran saya adalah monyet dan naga di dalam istana," jelas Rob. "Roket di luar angkasa, monyet dan panda makan sayur-sayuran bersama, serta dinosaur juga menjadi tema yang sangat menyenangkan."
Rob yang dipanggil "Pappy" ini memang tidak pernah kehabisan akal. Lelaki yang bekerja sebagai marketing dan PR itu selalu menumpahkan idea kreatif untuk memberikan pengalaman menyenangkan.
Rob dan isterinya, Sam, memang merasa sangat senang sejak mereka menerima pakai anak-anak pada 2013 Pasangan ini telah hidup bersama selama sepuluh tahun dan belum dikurniakan anak sendiri.
Alih-alih cuba operasi, pasangan ini justru memutuskan untuk menerima pakai anak. Mereka sedar bahawa banyak anak di dunia yang butuh keluarga seperti mereka. Kini, kedua-duanya terus mendorong orang lain untuk menerima pakai anak dengan berkongsi pengalaman yang mereka tulis di blog.
Berikut ini beberapa foto dari sarapan yang disiapkan Rob:
0 Komentar untuk "Begini Caranya Seorang Ayah Sediakan Sarapan"