Bandar Paling Berbahaya di Dunia.


Bandar San Pedro Sula di Honduras, tercatat sebagai bandar paling berbahaya di dunia. Perkara ini dibuktikan dengan tercatatnya kekerapan pembunuhan yang mencapai 3 pembunuhan setiap harinya. Tragedi, brutalitas, dan kematian yang janggal menjadi perkara yang biasa di bandar ini.

Angka ini diperoleh dari Citizen Council for Public Security, Justice and Peace, sebuah lembaga yang mencatat kadar jenayah pada 2012. Mereka mencatat 1,218 pembunuhan di 2012. Menurut sumber lain, San Pedro Sula merupakan titik ekonomi paling lemah di Amerika Selatan

Beratus-ratus pembunuhan yang dicetuskan oleh gangster dan pengedar dadah di San Pedro Sula, di mana tahap ekonomi yang sangat rendah dan kelaparan merupakan sebahagian dari kehidupan masyarakatnya. Dalam masa 3 tahun terakhir, pendakwa raya telah menerima lebih daripada 200 laporan mengenai pembunuhan.

Polis pun bertindak seperti pembunuh berbanding penguatkuasaan undang-undang, kerana para pelaku yang mereka kejar, kerap melawan ketika ditangkap yang akhirnya membuat pelaku harus mati di tangan polis.

Bandar San Pedro Sula telah menjadi bandar dengan kadar pembunuhan tertinggi di dunia diikuti oleh Acapulco, Mexico dan Karakas, Venezuela.

Di negara yang dikenali sebagai negara pengeksport kopi ini, kebanyakan terjadi pembunuhan kerana sebab yang sangat kompleks. Kemiskinan, persaingan para pengedar dadah, dan gangster, merupakan salah satu pemicunya.

Berikut adalah foto-foto yang dikutip dari Dailymail.uk:

Seorang wanita menangis, Justiniano Lara yang ditemui mati selepas dibunuh.

Tubuh Justiniano Lara, 51 dikelilingi keluarganya ketika ditemui mati di pinggir jalan di San Pedro Sula

Mangsa percubaan pembunuhan, Wilfredo Barahona (51) dan Carlos Pineda (30)

pasukan forensik sedang melakukan penyiasatan di tempat kejadian

pasukan forensik sedang melakukan penyiasatan di tempat kejadian

Tubuh Justiniano Lara, 51 dikelilingi keluarganya ketika ditemui mati di pinggir jalan di San Pedro Sula

polis setempat yang bertindak lebih seperti pembunuh, daripada penegak keadilan

Polis sedang membawa suspek pembunuhan. Mereka dilengkapi senjata sebelum menangkap pembunuh tersebut.

Mangsa pembunuhan yang dibawa ke Hospital

Polis sedang membawa suspek pembunuhan. Mereka dilengkapi senjata sebelum menangkap pembunuh tersebut.

Polis sedang membawa suspek pembunuhan.

0 Komentar untuk "Bandar Paling Berbahaya di Dunia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info