Seorang wanita yang menderita penyakit kulit yang jarang berlaku merayu bantuan bagi membuang 6,000 tumor yang tumbuh di seluruh badannya.
Ekoran penyakitnya itu, Elizabeth Huffer, 44, sering dibuli malah terpaksa menukar namanya.
Elizabeth disahkan menghidap neurofibromatosis (NF) tahap 1 ketika berusia lima tahun, namun hidupnya berubah ketika remaja selepas beratus-ratus ketumbuhan mula tumbuh di seluruh badannya.
Keadaan bertambah buruk selepas ketulan tumbuh di muka sehingga ke kakinya dan mengalami sakit kronik kerana hormon menyebabkan beribu-ribu ketumbuhan bukan kanser tumbuh.
Pembedahan yang dilakukan sebelum ini gagal malah lebih banyak tumor tumbuh kembali selepas menjalani 10 pembedahan untuk membuangnya.
Harapan terakhirnya adalah mendapatkan rawatan pakar untuk memusnahkan tumor berkenaan dalam rawatan yang dijangka mengambil masa lima jam
"Tumor boleh tumbuh di mana-mana saraf badan saya. Ia tumbuh lebih 5,500.
"Tumor seluruh belakang saya menyebabkan rasa sakit sepanjang masa sekali gus menjadikan sukar untuk tidur, walaupun saya mengambil 13 ubat yang berbeza," katanya dipetik Mirror.uk.
Menurutnya, dia sering dibuli dan terpaksa menukar nama Elizabeth ke Libby malah aspek kehidupan terjejas terutamanya dalam komunikasi seharian, mendapat pekerjaan serta pasangan.
Selepas 10 kali gagal pembedahan, wanita itu mula mengumpul wang untuk menjalani pembedahan electrodessication yang menggunakan arus elektrik untuk membunuh tisu neurofibroma dalam badannya.sinarharian.
Jom saksikan video berikut ini;
0 Komentar untuk "Badan Wanita Ini Ditumbuhi 6000 Tumor."