AisKrim Diperbuat Dari Telur Buaya.
Sebuah kedai ais krim, Sweet Spot Artisan Ice Cream, di bandar Davao, Filipina, menyajikan menu istimewa iaitu ais krim yang bahan asasnya menggunakan telur buaya. Kedai ais krim itu terletak tepat di sebelah Davao Crocodile Park, sebuah tempat penternakan buaya sehingga pengusaha kedai tidak akan bermasalah mendapatkan bahan mentah.
Usaha kuliner yang diusahakan oleh pasangan suami-isteri, Dino dan Bianca, ini bermula apabila mereka menerima kiriman beberapa telur buaya dari bapa saudara Dino, yang merupakan pemilik Davao Crocodile Park. Dengan telur-telur itu, mereka kemudian cuba mengolahnya menjadi ais krim.
Hasilnya, ternyata mereka berjaya mencipta ais krim yang lazat dari telur buaya. Hal Ini boleh dilihat dari banyaknya kunjungan pelancong, baik tempatan mahupun penduduk luar daerah, ke kedai ais krim itu Banyak pengunjung yang datang kerana ingin tahu ingin merasai ais krim jarang ditemui ini. Menurut Dino dan Bianca, telur buaya mengandungi 80 peratus kuning telur dan jauh lebih berkhasiat daripada telur ayam.
Namun, perniagaan ais krim ini juga memberi kesan negatif bagi kelangsungan hidup buaya. Buaya Filipina sejauh ini terancam dan habitat mereka juga semakin terhakis.
0 Komentar untuk "AisKrim Diperbuat Dari Telur Buaya."