11 Kg Ketumbuhan Dalam Perut.

 
Beijing: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram dari perutnya. Han Bingbing yang berasal dari Heilongjiang, timur laut China, menjalani pembedahan itu yang mengambil masa selama lapan jam baru-baru ini.



Ketumbuhan itu membesar sehingga sebesar dua bola sepak sejak empat tahun lalu.

Sehingga 18 Jun lalu, ia memenui lima perenam daripada perut Han, menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi secara berperingkat-peringkat.



Nasib menyebelahi Han apabila Perbadanan Penjagaan Kesihatan Xukecheng berjaya mengumpul dana yang sama jumlah dengan RM60,000 untuk membantu membiayai pembedahan berkenaan.


Han disahkan menghidap penyakit ovarian teratoma sejak 2009.

Sejak itu hutang keluarganya menimbun selepas merusaha berusaha menanggung rawatan perubatan murid itu.

Tidak ramai doktor yang yakin dia akan selamat.

Beberapa klinik enggan merawatnya sehingga keluarganya mengetahui mengenai sebuah hospital di Guangzhou, selatan China, kira-kira 4,000 kilometer dari kediaman mereka. - Agensi






0 Komentar untuk "11 Kg Ketumbuhan Dalam Perut."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info