Tiap-tiap Hari Pakai Baju Penggantin.
Menghargai sebuah perkahwinan ternyata juga boleh diertikan dalam bentuk yang berbeza. Misalnya saja yang dilakukan oleh Xiang Junfeng ini. Wanita berasal dari China tersebut setiap hari memakai pakaian perkahwinannya selama 10 tahun. Xiang sebenarnya hanya punya satu gaun pengantin namun membuat tiga pakaian serupa yang disesuaikan dengan musim.
Ia begitu bersemangat memakai pakaian itu setiap hari kerana sangat bahagia dengan perkahwinannya. "Hari perkahwinan adalah hari terbaik dalam hidupku dan aku tidak ingin itu berakhir," katanya. Meskipun kedengaran aneh namun Xiang mempunyai alasan tersendiri yang menyentuh hati.
Pada usia 18 tahun ia diculik dari kampung dan dijual kepada lelaki tua, menikahinya selama 15 tahun hingga akhirnya boleh kabur. Saat itu Xiang melarikan diri dibantu seorang wanita yang kemudian mengenalkannya pada saudara lelakinya, Zhu Zhengliang.
Akhirnya Xiang berkahwin dengan Zhu pada 2004. "Selama hidup aku hanya mengenal lelaki yang kejam dan menyeksa hingga aku bertemu pasangan hidupku yang sekarang. Ia memperlakukanku begitu berbeza dan melamarku," kata Xiang. "Kami terus bersama sejak itu dan aku sangat bahagia hingga kini." Wanita berusia 47 tahun itu pun tidak merasa terganggu sehari-hari bekerja dalam balutan gaun pengantin.
Penduduk sekitar menyebutnya "wanita gaun pengantin" kerana kebiasaan anehnya itu. Suami Xiang juga tidak melarang kerana tahu itu membuat isterinya bahagia. "Aku bahkan tidak punya pakaian lain," kata Xiang. "Aku tidak peduli orang berkata apa tentangku. Pakaian pengantin adalah sebahagian hidupku dan aku akan terus memakainya."
0 Komentar untuk "Tiap-tiap Hari Pakai Baju Penggantin."