Jambatan Dari Rumput Yang Awesome.
Jambatan gantung Qeswachaka adalah jambatan gantung yang terletak di bandar Cuzco, Chile. Jambatan ini dibuat dari rumput yang disebut dengan rumput Qoya. Tradisi membina jambatan gantung ini sudah ada sejak zaman kerajaan Inca.
Jambatan ini mempunyai panjang 36 meter melintasi di atas sungai Apurimac. Pembuatannya pun unik iaitu dengan menggunakan teknik qhapaq nan yang dulu digunakan oleh masyarakat Inca.
Setiap tahun jambatan ini perlu diganti dengan yang baru, sebab rumput Qoya hanya boleh bertahan selama 1 tahun. Diperlukan kurang lebih 1000 orang lelaki dan wanita untuk membinanya. Meraka berkumpul pada minggu kedua bulan Jun untuk membina jambatan bersama.
Rumput Qoya ditenun menjadi semacam tali jerami yang panjang yang kemudian dihubungkan di kedua sisi sungai. Sebenarnya mereka boleh membuat jambatan yang moden, tapi ini dilakukan untuk menghormati nenek moyang mereka suku Inca, dan menjaga tradisi yang sudah berlangsung selama berabad-abad.
0 Komentar untuk "Jambatan Dari Rumput Yang Awesome."