Temui Harta Karun Berusia 1000 Tahun di Israel.


Ketika pertama kali ditemui di dasar laut di Israel, 2000 wang logam ini dikira hanya syiling mainan. Namun mereka tersedar, bahawa mereka telah melakukan kesalahan, kerana 2000 wang logam itu, merupakan harta karun berusia kurang lebih 1000 tahun

Menurut Pihak Berkuasa Barang Antik Israel,  harta karun itu dijumpai di dekat pelabuhan kono Mediterranean Caesarea.

Ini adalah penemuan syiling emas tertua terbesar yang pernah ditemui di Israel, dan boleh membuka jalan terhadap penemuan arkeologi lebih lanjut.

"Mungkin ada kapal karam ada sebuah perahu hasil pendapatan rasmi yang sedang dalam perjalanan ke kerajaan pusat di Mesir dengan cukai yang telah dikumpulkan," kata Kobi Sharvit, pengarah Arkeologi Unit Marin dari Pihak Berkuasa Barang Antik Israel.

Namun ada pula kemungkinan wang-wang tersebut merupakan gaji bagi kakitangan garrison tentera di Caesarea, atau berasal dari sebuah kapal dagang yang tenggelam semasa dalam perjalanan dari pelabuhan ke pelabuhan sepanjang pantai Mediterranean.

Para pakar arkeologi marin menduga masih banyak harta karun terpedam di sekitar kawasan itu, oleh kerana itu mereka bercadang untuk menyiasat lebih lanjut.

Syiling-syiling itu terdiri dari beberapa mazhab yang berbeza dan dalam keadaan yang baik. Yang tertua dari mereka adalah satu perempat dinar dan dicetak di Palermo, Sicily, pada separuh kedua abad kesembilan.

Namun sebahagian besar wang logam itu berasal dari Kekhalifahan Fatimiyah, kerajaan Muslim Syiah yang memerintah sebahagian besar Afrika Utara dan Timur Tengah sekitar pergantian milenium pertama.

Sharvit mengatakan dia yakin syiling-syiling itu bila dilihat dari pelbagai dimensi dan berat, telah muncul kepermukaan kerana terpaan ribut musim sejuk.

Dia mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang mencari harta karun itu iaitu dari ahli kelab menyelam tempatan, kerana cepat melaporkan penemuan mereka daripada cuba untuk menyimpan syiling untuk diri mereka sendiri.

"Penyelam ini patut dicontohi," katanya. "Mereka mencari emas dan mempunyai hati emas yang mencintai negara dan sejarahnya," katanya. (CNN).

Related Post

  • Menangis Kerana Ditendang Rakan Video dibawah dirakam oleh youtuber Australia, Alicia Alexander, memperlihatkan dua koala berjuang untuk mendapat temp…
  • Telinga Manusia Tumbuh Dibadan Tikus Sekumpulan saintis di Jepun berjaya menumbuhkan telinga manusia di belakang tikus dan percaya dalam tempoh lima tahun…
  • Karya Aneh Dari Kuku Membuat karya seni tentunya boleh dilakukan dengan benda apa saja. Bahkan, bahan-bahannya boleh diubah menjadi hiasan…
  • Budak Ini Memang Terbaik    Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mencipta rekod sebagai peluncur limbo paling panjang di du…
  • Hutan Aneh Terapung Diatas Air Selama ini hutan sinonim dengan tanah daratan yang luas atau pergunungan. Lalu, bagaimana jadinya jika ada hutan tera…
0 Komentar untuk "Temui Harta Karun Berusia 1000 Tahun di Israel."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info