Sebuah projek yang inovatif, berjudul 'Feel the Jaill', dimulakan oleh Jabatan Penjara daerah Telangana, India, dalam usaha untuk mempromosikan pelancongan.
Terletak di Pusat Daerah di Sangereddy, orang ramai boleh merasakan untuk hidup seperti seorang banduan selama sehari, mengikuti rutin sehari-hari dalam tahanan seperti makan makanan penjara, membersihkan berek dan bercucuk tanam.
Jika anda berminat untuk hidup seperti seorang banduan dan ditahan selama 24 jam, cukup dengan membayar US $ 7.50 atau dalam ringgit malaysia 33.02, anda boleh menikmati masa di penjara sepanjang hari.Jom saksikan video menarik ini:
0 Komentar untuk "Anda Boleh Rasakan Hidup Sebagai Banduan di Penjara Dengan Bayar Rm 33"