Kerana Kacak Lelaki Ini Dikatakan Teman Lelaki Anaknya.


 Seiring bertambahnya usia, penampilan dan wajah orang tua tentu semakin menua. Namun perkara tersebut tidak nampak pada salah satu keluarga di China. Sebabnya, dalam foto yang beredar, ayah dan ibu dalam keluarga tersebut masih kelihatan awet muda.

Dikutip Dailymail , salah seorang netter bernama sysev7n mengaku telah mengumpul foto-foto milik ayahnya di Chengdu, China. Namun ia kemudian mencari gambar lama dan membandingkannya dengan gambar yang diambil pada cuti sebelumnya. Ia pun menyedari jika bapanya kelihatan tidak jauh berbeza.




Sysev7n mengaku jika ayahnya sering dianggap sebagai abang atau kekasihnya. Sedangkan ibunya kerap disebut sebagai kakak perempuannya. Meskipun sudah berusia 47 tahun, kedua-dua ibubapa sysev7n masih tetap begitu muda.

Neneknya yang berumur 67 tahun juga pernah dikira sebagai ibunya. Sayang, foto-foto tersebut telah dikeluarkan dari akaun Weibo miliknya. Ia tidak menyangka jika gambar tersebut membuat gempar para netter.




"Keluargaku tidak melakukan pembedahan plastik," tulis sysev7n. "Aku menghapuskan postinganku dan berharap orang-orang tidak membuat spekulasi mengenai keluargaku, apalagi dengan kebencian."

Walaupun banyak yang memuji penampilan awet muda dari keluarga tersebut, sebahagian netter lain menduga jika foto-foto tersebut telah disunting. "Adakah foto itu disunting? Kalian begitu menarik," tulis salah seorang netter. "Biar betul? Umur 47 tahun tetapi ia kelihatan seperti lelaki 27 tahun, wow!" sahut netter lain.
0 Komentar untuk "Kerana Kacak Lelaki Ini Dikatakan Teman Lelaki Anaknya."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info