Kembar Siam Dua Kepala Satu Jantung.


 MUMBAI, India – Kembar siam yang dilahirkan di sini minggu lalu mempunyai dua kepala tetapi berkongsi organ dalaman lain termasuk jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Ketika dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di sini, salah satu kembar ter­sebut seperti mencium seorang kembarnya di pipi.

Sekumpulan pakar meramalkan kembar siam tersebut tidak akan dapat hidup lama kerana mereka berkongsi organ-organ penting.


Dekan Hospital Sion, Dr. Suleiman Merchant menyifatkan kembar siam itu merupakan kembar luar biasa dan jarang berlaku.

“Walaupun mereka mempunyai dua kepala dan leher berasingan, namun mereka berkongsi hampir semua organ penting menyebabkan hampir mustahil untuk memisahkan mereka,” katanya.

Ibu mereka, Shahin Khan melahirkan kembar siam seberat 4.4 kilogram itu yang mempunyai dua kaki tetapi tiga tangan ketika kan­dungannya berusia tujuh bulan. – Agensi

0 Komentar untuk "Kembar Siam Dua Kepala Satu Jantung."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info