Inilah Penduduk Negara Paling Jujur di Dunia.
Korea Selatan memang tidak habis-habisnya membuat kekecohan. Kali ini, salah satu wanita Korea melakukan perkara yang dikatakan cukup aneh bagi kalangan orang biasa.
Seorang wanita Korea yang berusia 56 tahun membuang wang 22 juta Won di jalanan Seoul Square . Tindakan nenek tersebut membuat para pejalan kaki terkejut.
Hebatnya, walaupun terkejut, para pejalan kaki tersebut tidak mengambil sesen wang pun. Mereka tidak berlari untuk berebut mengambil wang yang tersebar dalam bentuk pecahan itu. Beberapa hanya memberi perhatian dan mengambil gambar lalu berlalu tanpa menunjukkan minat.
Setelah ditelusuri lebih jauh, ternyata warga Korea tidak memungut wang yang bertaburan tersebut demi mematuhi undang-undang yang berlaku. Menurut undang-undang di Korea, mengambil wang yang dibiarkan tanpa diketahui pemiliknya boleh dikenakan hukuman penjara atas kecurian.
Sementara itu, nenek yang membuang wangnya diketahui ingin menderma kesemua wang yang ia punya kerana takut suami dan anaknya akan mengambil wang tersebut. Polis tempatan menyatakan bahawa nenek itu sampai ke tempat kejadian menggunakan teksi. Ia dikawal oleh bodyguard saat membawa beg penuh dengan wang.
0 Komentar untuk "Inilah Penduduk Negara Paling Jujur di Dunia."