Bekam Guna Buluh Paling Pelik di China.



Sekilas pandang jika melihat hasil akhirnya, teknik spa ini mirip bekam kerana meninggalkan bekas bulat merah. Tapi kalau diperhatikan lagi, tidak ada sisa darah dan tusukan jarum kecil. Ternyata ini adalah spa buluh panas yang boleh anda temui jika berkunjung ke China.

Di Negeri Tirai Bambu ini, anda boleh merasakan sensasi bekam dengan cawan buluh panas. Sebanyak 40 cawan buluh dilekatkan secara serentak di belakang badan anda. Buluh dilekatkan dengan bantuan api agar merekat kuat. Dalam masa 20 minit, cawan buluh akan menyatu dengan kulit yang diselimuti tuala tebal.


Cadangan bagi orang yang telah mencuba adalah jangan panik. Memang rasa panas dan sempit dada langsung terasa. Cuba untuk berehat dan menikmati semua sensasinya. Sebab bekam buluh panas ini membantu mengeluarkan racun, melancarkan peredaran darah, dan membuat tubuh segar kembali.



0 Komentar untuk "Bekam Guna Buluh Paling Pelik di China."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info