Baru Sahaja Kenali Lelaki Lumpuh Gadis Cun ni Ajak Kahwin.
Cinta seringkali bertentangan dengan logik, mungkin ini kata-kata yang tepat untuk mewakili kisah cinta pasangan berasal dari China ini. Xiao Dan, 22 tahun, seorang pelajar tiba-tiba memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki lumpuh yang dikenalinya melalui dunia maya, hanya 3 hari selepas pertemuan pertama mereka.
Seperti disiarkan Mirror, 10 Februari 2015, Xiao Dan mengenali Kong Chuang, 23 tahun, melalui aplikasi mesej ringkas, WeChat. Perbincangan mereka berpunca ketika Xiao Dan melihat gambar profile Kong Chuang yang mirip seperti pemuzik terkenal Taiwan, Jay Cho.
Dalam perbincangan tersebut, Xiao Dan mengetahui kalau Kong Chuang pandai bermain piano dan ia mempunyai cita-cita untuk berjaya dengan kemampuannya tersebut. Xiao Dan kagum dengan pandangan optimis lelaki itu dan ia merasa diilhamkan oleh tekad yang luar biasa, kerana itu ia memutuskan untuk menemuinya.
"Bercakap dengannya, tidak seperti bercakap dengan orang lain yang saya kenal di dunia maya. Dia adalah orang yang benar-benar menakjubkan dan kami berbual hingga larut malam, keesokan harinya kami kembali berbincang lewat online "ucap Xiao Dan.
"Di hari ketiga, saya memutuskan untuk menemuinya, walaupun saya harus meninggalkan kuliah saya. Saya tidak tahu jika ia ternyata kurang Disabilitas, saya sedikit terkejut apabila melihatnya secara terus "katanya.
Malam itu juga Xiao Dan menghubungi ibu bapanya melalui telefon, dan mengatakan keinginannya untuk meninggalkan kuliah dan berkahwin dengan Kong Chuang. Pasangan itu kini tinggal bersama dengan keluarga Kong Chuang di bandar Guangzhou, Guangdong, China Selatan. Namun mereka akan mencari pekerjaan dan akan pindah ke rumah mereka sendiri.
"Saya sangat beruntung Xiao Dan memilih saya. Saya merasa tidak pantas, tapi saya akan melakukan apa yang saya boleh untuk membuatnya bahagia "ucap Kong Chuang.
0 Komentar untuk "Baru Sahaja Kenali Lelaki Lumpuh Gadis Cun ni Ajak Kahwin."