Bandar Pencakar Langit Zaman Purba Tersembunyi di Padang Pasir.


Jauh di lembah terpencil di Yaman terletak bandar kecil bernama Shibam. Diapit oleh tebing-tebing curam yang mengarah ke dataran tinggi Yaman di kedua-dua sisi, bandar dengan 7,000 penduduk itu, hampir tidak kelihatan . Hanya beberapa bangunan bertingkat tinggi yang nampak.

Namun siapa sangka, kotak-kotak bangunan pencakar langitnya yang tersembunyi di sebuah padang pasir di kota Shibam, merupakan peninggalan dari berabad-abad silam. Bandar ini menjadi sebuah penempatan besar di selatan Semenanjung Arab, sebuah laman sejarah dan kajian para ahli arkeologi yang berdiri di kawasan padang pasir Ramlat al-Sab`atayn dan di sebuah oasis dari Wadi Hadramaut.


Bandar Shibam telah ditetapkan oleh UNESCO menjadi tapak sejarah penting dunia, khususnya di kawasan Yaman Selatan. Di masa lalu, bandar ini merupakan pusat pemerintahan pada masa kejayaan Hadramaut pada masa pra-Islam sehingga kejayaan peradaban Islam. T.idak hanya itu, bangunan-bangunan tinggi di sini menjadi bangunan pencakar langit tertua di dunia. Ya, bangunan-bangunan pencakar langit di sini sudah ada hampir lima abad atau 500 tahun, menariknya bangunan di sini nyaris tidak berubah sejak saat itu.


Shibam, tercatat telah ada sejak abad ketiga Masehi dan mencapai puncak kejayaan struktur bangunannya pada abad ke-16 M. Dikutip dari Republika, Bandar Shibam ini juga dikenali menjadi bandar penghubung utama antara bandar-bandar penting tua di wilayahnya, seperti San'a, Seiyun, dan bandar-bandar lain di wilayah Yaman barat ke wilayah timur. Dari kota ini pula, hubungan interaksi dagang jalur laut masyarakat Arab terjalin dengan penduduk di kawasan Afrika Timur, Asia Selatan, hingga ke kawasan Asia Tenggara .

Keunikan struktur bangunan tinggi di Shibam juga dikenali kerana keunikan yang hanya diperbuat daripada bata lumpur kering, yang memang telah digunakan sejak lama di seluruh kawasan semenanjung Arab dan Timur Tengah. Akan tetapi, tidak banyak bangunan tapak sejarah dengan struktur bata lumpur kering, dengan stuktur bangunan tinggi megah yang mampu bertahan sehingga kini.




Di antara bangunan masjid beberapa di antaranya Masjid Jumaat adalah bangunan terkenal di tengah-tengah bandar yang kukuh berdiri sejak tahun 753. Menariknya, sebahagian besar bangunan masjid ini berasal dari abad keempat belas, tapi bangunan menara dibina di abad keenam belas.

Inilah yang menjadi ciri khas Shibam. Hampir keseluruhan bangunan tempat tinggal di seluruh bandar, menjulang tinggi layaknya sebuah apartmen. Namun, bangunan itu tersusun daripada bata lumpur tanpa menggunakan rangka keluli.




Meskipun begitu, bangunan di Shibam mampu mencapai ketinggian rata-rata lebih dari 20 meter. Bahkan, sebahagian bangunan ada yang hingga mencapai lebih dari 35 meter. Ketinggian bangunan dengan penggunaan bata lumpur yang besar-besaran ini, layaknya bangunan pencakar langit di bandar-bandar besar metropolitan dunia.
0 Komentar untuk "Bandar Pencakar Langit Zaman Purba Tersembunyi di Padang Pasir."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info