Alat Solek Menyerupai Makanan.


Make-up menjadi keperluan tersendiri bagi banyak wanita di dunia. Menyedari perkara ini, beberapa syarikat kecantikan di Korea pun berusaha menyajikan pelbagai jenis make-up dengan kemasan yang luar biasa.

Tengok saja beberapa produk kecantikan buatan Korea berikut. Diilhamkan dari makanan, syarikat-syarikat ini mewujudkan pelbagai make-up yang menyerupai makanan. Berikut lima jenis make-up yang boleh membuat anda tertipu dan menganggapnya sebagai makanan.

Pertama ada Saem Choco Pie Hand Cream. Make-up ini benar-benar kelihatan betul-betul seperti Choco Pie yang asli, walaupun mempunyai dua jenis rasa, Regular Choco Pie dan Cookies and Cream.

Kedua ada Tony Moly Magic Food Banana Hand Milk. Berbentuk persis seperti pisang, krim ini mempunyai aroma yang menggoda. Tapi jangan salah ini merupakan produk untuk melembapkan kulit.

Ketiga ada The Face Shop-Lovely Me: EX Dessert Lip Balm. Make-up ini sepintas kelihatan seperti sebuah pot madu sebenar dengan bau yang sangat mirip madu serta spatula yang menyerupai sarang lebah. Tapi jangan tertipu, ini merupakan produk pelembap bibir.

Keempat ada Etude House I Need You, Yogurt! Wash-Off Pack. Sepintas lihat ini seperti bungkusan Yogurt yang biasa di jual di pasaran. Tapi jangan salah, sebenarnya ini adalah produk pembersih wajah yang mempunyai empat varian, yakni epal, strawberi, kiwi dan aprikot.

Terakhir ada Tony Moly Egg Pore Shiny Skin Soap. Dibuat persis menyerupai telur berwarna coklat dan putih, telur-telur ini sebenarnya adalah sebuah sabun. Jadi, jika anda mencari make-up seperti ini, jangan sampai salah menganggapnya sebagai makanan.






0 Komentar untuk "Alat Solek Menyerupai Makanan."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info