300 Rusa Mati Serentak di Norway Menjadi Misteri.




Baru-baru ini, sebuah peristiwa yang mengerikan terjadi di Norway. Kira-kira 300 rusa liar mati di kawasan pergunungan di Hardangervidda.

Diduga beratus-ratus rusa itu mati kerana disambar petir. Haiwan yang mati akibat kejadian tersebut kahbarnya berjumlah 323 ekor, termasuk di antaranya 70 anak lembu.

Jurucakap Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Kjartan Knutsen mengungkap rusa cenderung berkumpul ketika cuaca sedang buruk. Perkara itu menyebabkan mereka mati serentak ketika disambar petir.

Peristiwa kali ini disebut-sebut sebagai kematian haiwan secara besar-besaran yang paling teruk sepanjang tahun ini. Akibat kejadian tersebut, kawasan pergunungan itu dipenuhi ratusan bangkai rusa.

Pejabat Inspektorat Alam Norway telah melakukan pemeriksaan secara terus terhadap kawasan tersebut dan mengira jumlah rusa yang mati. Mereka juga mengambil sampel untuk memeriksa adanya virus lain.






Jom saksikan video berikut ini:


0 Komentar untuk "300 Rusa Mati Serentak di Norway Menjadi Misteri."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info