1007 Robot Menari Beramai-ramai Catat Rekod Dunia.


Sejumlah 1,007 robot menari selama seminit di wilayah Shandong, timur China sekali gus mencatatkan rekod dunia Guinness World Record bagi kategori tarian robot serentak.

Rekod dunia sebelum ini melibatkan 540 buah robot menari di bandar Shenzhen, selatan China yang dicatatkan pada Februari lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan pada asalnya, sejumlah 1,040 robot yang setiap satu setinggi 43.8 sentimeter telah melakukan cabaran itu di bandar pelabuhan Qingdao.

Namun, hanya 1,007 robot berjaya menari selama seminit.

“Cabaran terbesar untuk alat kawalan jauh robot-robot ini adalah gelombang radio dari sumber-sumber lain termasuklah telefon bimbit,” kata Ketua Pegawai Teknologi Syarikat Ever Win yang membina robot-robot itu, Quan Jingyou.

Jingyou berkata, syarikatnya menggunakan teknologi penyulitan untuk mengurangkan gangguan itu. – dpa





Jom saksikan video berikut ini:


Related Post

  • Kolam Renang Boleh Muncul dan Hilang Syarikat yang berpusat di Israel Agor Creative Engineering mempunyai idea yang menarik  iaitu sebuah kolam rena…
  • Cara Ikan Lumba lumba Minta Pertolongan. Ketika menyelam pada waktu  malam pada bulan Januari lalu di Gadren Eel Cove di Kailua – Kona , Hawaii, tiba-tiba…
  • Kek Paling Seram Untuk mengejutkan teman lelakinya pada hari jadinya, seniman berasal dari San Francisco, Vicky Knoop memutuskan untuk…
  • Sushi Terkecil Didunia.  Chef Jepun, Hironori Ikeno mencipta dan melayani pelangganya dengan imej ringkas sushi yang dibuat dari sebutir…
  • Fenomena Kabus Seperti AirTerjun. Sebuah dron di sini berjaya merakamkan gambar luar biasa mengenai kabus tebal yang menyelubungi permukaan air yang t…
0 Komentar untuk "1007 Robot Menari Beramai-ramai Catat Rekod Dunia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info