Jambatan Paling Merbahaya Didunia Kerana Lengkok.


Berbicara jalan yang paling berbahaya, pasti kita akan berfikir jika jalan tersebut terdapat di pergunungan, bukit, atau trek kecil untuk dilalui penunggang. Tetapi siapa sangka jika sebuah jambatan boleh sangat berbahaya, walaupun berturap bagus dan mempunyai dua lorong kenderaan.

Jalan di Norway tersebut mempunyai jambatan melengkung yang unik, tetapi jangan salah, jika cuaca buruk boleh jadi sumber bahaya, kerana ilusi optiknya. Tetapi jika cuaca cerah dan bagus, jambatan ini menyajikan pemandangan yang indah dan menawan.

Cuaca buruk juga boleh menghembuskan angin kencang, disertai gelombang laut yang tinggi, yang boleh menerjang sekatan jalan. Jika dilihat sepintas lalu, jambatan tersebut seperti terputus di tengahnya. Dan bagi mereka yang baru pertama kai melintas, itu boleh sangat merbahaya.


 Tetapi setiap tahun, jambatan mabuk ini dikunjungi ribuan pelancong yang ingin tahu. Laluan ini juga selain menjadi laluan paling berbahaya, juga menjadi laluan terbaik untuk dijadikan cadangan bercuti.

Jalan ini juga menjadi penghubung antara daratan Norway dan pulau Averøy, yang menjadi salah satu destinasi perlancongan. Selama enam tahun pembangunannya, jambatan ini telah diterjah 12 kali ribut. Pada tahun 2013, jambatan ini juga pernah menelan mangsa, yang berasal dari Israel kerana mengagumi jambatan tersebut.









0 Komentar untuk "Jambatan Paling Merbahaya Didunia Kerana Lengkok."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info