Sering Dibuli Kerana Cantik.



Dana Adiva, seorang wanita berasal dari Chicago, AS, mengeluhkan masalah yang datang kerana penampilannya yang cantik. Dia merasa hidupnya diwarnai kesengsaraan kerana dia terlalu cantik. 


Wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai ahli gusti profesional ini sukar mendapatkan kekasih dan terpaksa berhenti sekolah sewaktu di kolej lagi kerana kawan-kawannya melakukan buli ke atas dirinya lantaran kerana cemburu.


Adiva menceritakan kisahnya ini dalam siri dokumentari MTV bertajuk True Lives. Seperti disiarkan oleh The Sun, Adiva bercerita dalam siri dokumentari tersebut, "Aku mendapatkan apa yang aku mahu dan aku diperlakukan layaknya seorang puteri." "Aku tak perlu menjadi pintar, kerana aku sudah punya penampilan," tambahnya.


 Namun, Adiva mengaku penampilannya itu juga menjadi halangan. Di sekolah, banyak lelaki yang tertarik padanya namun dia tidak boleh bersosial dengan pelajar wanita.


"Aku mendapatkan banyak perhatian dari pelajar lelaki, tapi aku tak boleh bergaul dengan para wanita. Mereka sangat cemburu padaku, "ujarnya. "Aku mendapatkan surat kebencian. "Keadaannya sangat buruk, hingga aku memutuskan berhenti bersekolah," tambahnya.


Adiva mengaku pernah cuba menyembunyikan kecantikannya dengan mewarnai rambutnya dan mengenakan kacamata. Tapi kini dia memutuskan untuk menerima kecantikannya. Bahkan dia tengah berfikir untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara.


 Adiva bukan wanita pertama yang pernah merasakan kesusahan dalam hidup kerana merasa berpenampilan menarik.
0 Komentar untuk "Sering Dibuli Kerana Cantik."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info