Pelik,Pokok Ini Boleh Berjalan 20 Meter Setiap Tahun
Dunia masih menyimpan pelbagai misteri dan keajaiban. Mulai dari pelbagai penglihatan sehingga fenomena pelbagai fenomena alam.
Salah satunya seperti yang terjadi di sebuah hutan di Ecuador ini. Di dalam hutan ini tumbuh sejenis pokok yang dipercayai boleh berjalan hingga berpindah tempat.
Pokok Socratea Exorrhiza ini dikatakan mempunyai sistem akar yang rumit dan boleh berfungsi sebagai kaki. Akar tersebut membantu pokok ini untuk terus berpindah mengikuti cahaya matahari.
Dianggarkan pokok ini boleh bergerak 2-3 cm setiap harinya dan mencapai 20 meter pertahun. Pohon tersebut bergerak dengan cara menumbuhkan akar baru di tempat yang terjangkau sinar matahari dan akar yang telah tua akan mati.
Meskipun begitu, banyak saintis yang tidak mempercayai cerita jika pokok tersebut boleh bergerak ke arah matahari. Mereka mengganggap tumbuhan tidak boleh berpindah kecuali kerana didorong oleh angin.
Saintis juga menyebut jika pokok "berjalan" tersebut hanyalah mitos belaka. Meskipun begitu, pokok tersebut menjadi salah satu daya tarikan yang membuat banyak pelancong berkunjung ke Ecuador.
0 Komentar untuk "Pelik,Pokok Ini Boleh Berjalan 20 Meter Setiap Tahun"