Usaha seorang tukang gunting rambut yang cuba memotong rambut kanak-kanak autisme di sini menyentuh hati orang ramai di laman sosial baru-baru ini.
Video yang menjadi viral itu menunjukkan James Williams, 26, sanggup meniarap di lantai ketika Mason, 4, leka bermain telefon pintar.
Menurut ibu Mason, Denine Davies, 34, anak lelakinya itu takut untuk datang ke salun rambut kerana mempunyai pengalaman pahit ketika berusia lapan bulan.
“Disebabkan peristiwa itu, rambut Mason terus panjang dan serabai sehingga saya diberitahu mengenai Williams yang mempunyai hubungan mesra dengan kanak-kanak,” ujar Davies.
Dia mula membawa Mason beberapa kali ke salun rambut Williams sehingga kedua-dua mereka menjalin hubungan yang baik.
“Selepas beberapa hari, Williams akhirnya berjaya menggunting rambut Mason tetapi dengan cara yang amat berbeza dan menyentuh hati,” kata Davies.
Davies terkejut kerana William sanggup meniarap ketika proses menggunting tersebut dan berusaha melayan anaknya itu dengan baik.– Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
0 Komentar untuk "Video,Kegigihan Tukang Gunting Potong Rambut Kanak-kanak Autisme Jadi Viral."