Tidak Hanya Kereta, Ternyata Tatu Juga Boleh di 'Test Drive'


Tatu merupakan sebuah karya seni yang akan melekat seumur hidup di tubuh kita. Kerana itu, sebelum memasang karya seni ini secara kekal, kita harus berfikir secara matang.

Sedar akan perkara ini, sebuah syarikat di Philadelphia, Momentary Ink, melakukan inovasi baru. Sebelum benar-benar mengukir tatu di tubuh pelanggan, mereka lebih dulu melukiskan tatu temporary yang sangat realistik dan persis seperti tatu sebenarnya. Jadi orang-orang boleh benar-benar yakin sebelum membuat keputusan untuk membuat tatu kekal.


 Menurut pemilik Momentary Ink, Jordan Denny, hal ini merupakan respon dari keinginan orang-orang untuk mendapatkan tatu yang bermakna dan simbolik. "Orang-orang tidak mahu tatu yang sembarangan dan lebih menginginkan tatu yang bermakna, komplek dengan reka bentuk yang berbeza-beza," ungkapnya. "Ini merupakan keputusan yang harus difikirkan baik-baik, dan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat tatu."

  
Sebelum ini, orang-orang yang ingin memasang tatu hanya boleh melihat idea beliau secara nyata melalui gambar yang dibuat sebelum dilukiskan secara kekal. Menurut hasil pemerhatian Jordan, hal ini masih belum cukup. Para pelanggan juga ingin melihat reaksi orang sekitarnya sebelum benar-benar memasang tatu tersebut.

Tatu temporary yang mereka buat boleh bertahan selama tiga hingga sepuluh hari, bergantung pada bahagian mana tatu tersebut dibuat.


0 Komentar untuk "Tidak Hanya Kereta, Ternyata Tatu Juga Boleh di 'Test Drive'"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info