Unik, Bentuk Buah Strawberry Ini Seakan Seperti Ayam.


Berkata mengenai buah-buahan yang segar , sesiapa tentu percaya bahawa buah strawberry menjadi salah satu buah yang segar  tersebut. Warnanya yang merah dan sangat cantik serta rasa buahnya yang unik, tidak hairanlah jika buah strawberry menjadi salah satu buah yang paling digemari dan banyak dicari.




Tapi, bagaimana jadinya jika buah strawberry mempunyai bentuk yang luar biasa atau boleh dikatakan bentuk yang unik? Dikutip dari laman dailymail.co.uk, seorang petani buah bernama Ruben mencari satu buah strawberi yang mempunyai bentuk seperti ayam di tanah pertanian miliknya di Grove Farm, Bonnyringg, dekat Edinburgh, Scotland.

Ruben dan keluarganya mengatakan bahawa mereka mencari buah dengan bentuk unik tersebut secara tidak sengaja. Mereka mendedahkan bahawa awalnya, mereka melihat buah strawberi yang kelihatan seperti mempunyai separuh.




Setelah beberapa daun yang menutup buah strawberry unik tersebut di buka, masa itulah mereka melihat buah strawberi yang berbentuk unik seperti seekor ayam. Mereka pun mengambil gambar buah unik tersebut dan mengunploadnya ke laman facebook peribadi mereka. Sejak di upload inilah, buah strawberry ini menjadi terkenal dan banyak netizen yang mengulas mengenai penemuan unik tersebut.

Salah seorang netizen berkata "Mari, kita potong saja lehernya, tenang saja ia tidak akan kesakitan". Ada pula netizen yang mengatakan "Buah yang unik dan berbentuk sangat aneh. Tapi saya gembira dapat melihatnya. Saya punya ayam, tapi saya tidak mempunyai ayam yang berasal dari buah strawberry."


Related Post

  • Bersahabat Hingga Mati. Ternyata kisah persahabatan sejati tidak hanya milik manusia saja. Buktinya monyet dan juga itik ini boleh bersahabat…
  • Lelaki Buncit Lebih Menarik.    Menjadi kurus mungkin impian bagi kebanyakan orang tetapi tidak bagi suku Bodi di Ethiopia yang mengangga…
  • Beg Tangan I Seperti Kucing . Kucing, merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling digemari. Tidak hanya itu, kerana bentuknya yang comel kuc…
  • Terberak Ketika Berlawan Kejadian memalukan dialami oleh seorang ahli gusti amatur berasal dari Amerika Syarikat, Travis wolford. Ketika bertar…
  • Manusia Purba Afrika Selatan Ditemui. Para saintis di Afrika Selatan mencari sisa-sisa tulang spesies mirip manusia yang sebelumnya tidak dikenali. Mereka m…
0 Komentar untuk "Unik, Bentuk Buah Strawberry Ini Seakan Seperti Ayam."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info