5 Buah-buahan Yang Boleh Kembalikan Tenaga Yang Patut Dimakan Ketika Berbuka Puasa.
Walaupun puasa Ramadan sudah akan berakhir, namun memenuhi nutrisi harian tidak ada habisnya. Saat puasa seharian, badan pasti sudah 'rindu' dengan makanan dan minuman segar yang akan mengembalikan tenaga, bukan?
Di antara begitu banyaknya buah, berikut ini ada buah-buahan yang paling bagus untuk dimakan ketika berbuka puasa kerana mempunyai kandungan sihat dan akan menyegarkan tubuh. Berikut ini senarainya.
Tembikai
Buah tembikai adalah buah yang pastinya akan menyegarkan untuk buka puasa kerana kaya air dan serat. Buah-buahan kaya air ini bukan hanya boleh melegakan dahaga tetapi juga rendah kalori.
Melon
Seperti halnya tembikai, melon kaya serat dan dan mudah dicerna tubuh. Kandungan airnya yang banyak dan rasa manisnya yang semulajadi sangat baik membuat tubuh kembali bersemangat.
Avokado
Buah avokado kaya nutrisi, terutamanya lemak, sangat sihat dan diperlukan tubuh untuk mengembalikan tenaga yang sudah digunakan seharian. Avokado juga boleh mengenyangkan dan meletakkan brek keinginan makan berlebihan.
Pisang
Buah pisang juga kaya serat dan mempunyai karbohidrat yang mudah dicerna sehingga mampu mengembalikan tenaga tubuh setelah seharian puasa.
Epal
Buah epal sangat bagus untuk memenuhi keperluan serat dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral. Epal, selain segar juga boleh menjaga berat badan dan mencegah keinginan makan berlebihan.
Itu dia beberapa buah yang boleh dimakan semasa bulan puasa seperti ini. Selain segar, juga sangat baik memulihkan tenaga tubuh setelah seharian puasa.
0 Komentar untuk "5 Buah-buahan Yang Boleh Kembalikan Tenaga Yang Patut Dimakan Ketika Berbuka Puasa."