Jonathan Keller, lelaki berasal dari Alaska yang telah mengambil gambar selfie setiap hari selama 16 tahun, tentu sebelum selfie menjadi gaya hidup masa kini. Ia menamakan projek tersebut dengan "Living My Life Faster." Projek tersebut ia bermula sejak 1 Oktober 1998, kini usianya telah 39 tahun.
Dalam kurun waktu 16 tahun itu beliau telah mempunyai 5840 foto wajahnya. Projek ini bertujuan untuk menunjukkan perubahan kecil sehari-hari yang ia alami. Jika melihat foto dari satu hari ke hari berikutnya. Memang tidak nampak perubahan yang terlihat, namun ketika melihat foto yang waktunya terpaut cukup lama, maka disitu sangat kelihatan banyak perubahan yang berlaku pada Jonathan.
Ternyata projek ini ia lakukan untuk menunjukkan sesuatu kepada si kekasih. "Aku baru sahaja membeli kamera dan temanku tanya kenapa aku membelinya, untuk apa aku membelinya. Aku menjelaskan tetapi dia tetap tidak yakin dan menyindir apakah aku akan menggunakannya setiap hari.
Jadi ku katakan ya, aku akan melakukannya!" kata Jonathan. Alih-alih ingin membuktikan bahawa dirinya boleh selfie tiap hari, Jonathan justru menyedari fungsi lain yang lebih penting berkaitan projek yang ia kerjakan itu.
Menurutnya, apa yang telah ia lakukan akan menyedarkan banyak orang berkaitan perubahan yang berlaku pada diri mereka tanpa mereka sedari. Ia kemudian memutuskan untuk terus melakukan selfie sampai dirinya mati kelak. Berikut video selfie Jonathan selama 16 tahun.
0 Komentar untuk "Video:Lelaki ini Berselfie Setiap Hari Selama 16 Tahun."