Tahukah Anda Negara-negara Yang Bakal Menjalani Ibadah Puasa Terpanjang dan Terpendek.



Ramadan akhirnya tiba. Khamis (18/6) hari ini, umat muslim Malaysia akan mula menjalani puasa selama lebih dari 12-13 jam dalam sehari. Tetapi tahukah anda mana  negara yang bakal menjalani puasa paling panjang dan pendek?

Letak geografi negara-negara di dunia membuat panjang puasa setiap muslim di setiap negara berbeza. Menurut peta jam puasa, Denmark bakal menjadi negara yang akan menjalani puasa paling panjang, sedangkan Argentina akan menjadi yang terpendek.

Para muslim di Denmark akan berpuasa selama 21 jam. Selain Denmark, negara-negara yang akan mengalami puasa terpanjang termasuk Iceland, Sweden dan Norway. Muslim di negara-negara tersebut akan berpuasa lebih daripada 20 jam.

Muslim di Belanda dan Belgium bakal puasa selama 18 jam 30 minit, Sepanyol 17 jam 30 minit, sementara  Jerman pada 16 jam 30 minit. Mereka yang berada di Amerika Syarikat, Perancis dan Itali akan berpuasa selama 16 jam.

Di sisi lain, para muslim di Argentina hanya perlu menahan lapar dan haus selama 9 jam 30 minit. Beberapa negara seperti Australia akan berpuasa selama 10 jam, Afrika Selatan 10 jam 30 minit, Brazil 11 jam dan Mexico 13 jam 20 minit.

Yang perlu anda ingat, puasa tahun ini akan menjadi Ramadan paling panas dalam 33 tahun terakhir. Seperti yang diketahui, suhu di beberapa negara seperti India dan Arab Saudi bahkan menyentuh angka 65 darjah Celsius.
0 Komentar untuk "Tahukah Anda Negara-negara Yang Bakal Menjalani Ibadah Puasa Terpanjang dan Terpendek."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info