Rocket, Anjing Cacat Yang Pelik Seakan Kanggaru.


Seekor anjing bernama Rocket telah mengejutkan pemiliknya sendiri. Anjing lapan bulan ini lebih mirip kanggaru kerana bijak meloncat daripada anjing.

Rocket awalnya diselamatkan kerana mengalami kecacatan serius selepas lahir. Anjing yang hanya mempunyai dua kaki belakang ini kemudian dibela oleh Krissy Koller dari Columbus, Georgia, Amerika Syarikat.



Meski tubuhnya tidak sempurna, Rocket terbukti tidak mempunyai masalah dalam bergaul. Dia boleh bermain dengan meloncat-loncat seperti kanggaru. Dia juga boleh makan, minum dan bahkan berenang seperti anjing normal lain.

"Nama Rocket benar-benar kesimpulan dari keperibadiannya, dia sangat bertenaga," kata Krissy. "Dia sangat penyayang dan menyayangi apapun serta siapapun, orang dewasa, kanak-kanak dan haiwan lain."

"Kami juga memanggilnya kanggaru kerana cara loncatnya yang mirip kanggaru," katanya 




Krissy mengaku dirinya merasa bertuah telah menerima  Rocket sejak anjing itu masih berusia 3 bulan. Masalah utama Rocket adalah dia merupakan anjing yang tidak kenal takut. "Dia tidak melihat masalah apapun untuk membuang dirinya di perabot dan tidak berfikir bahawa dia mungkin akan tercedera," terang Krissy.

Dari semua kecekapan Rocket, Krissy kini bermaksud menjadi anjing sebagai duta anti-bullying di sekolah. "Anak perempuanku Jessi buta dan dia mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan Rocket. Aku tahu anjing saya boleh melakukan banyak perkara baik dan aku ingin menunjukkan para semua orang bahawa hanya kerana kau nampak atau berlaku berbeza, kita tetap sama," kata Krissy.
0 Komentar untuk "Rocket, Anjing Cacat Yang Pelik Seakan Kanggaru."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info