SANTIAGO bersama pakar perubatan. |
Bogota: Sebuah badan kebajikan berusaha “menyelamatkan” bayi seberat 19.6 kilogram yang disifatkan paling obes di Colombia.
Santiago Mendoza yang baru berusia lapan bulan dan sudah mencapai berat badan seperti kanak-kanak berusia enam tahun itu diterbangkan dari rumahnya di Valledupar ke Bogota minggu lalu.
Sukarelawan dari Yayasan Chubby Hearts mengambil langkah untuk membantu Santiago selepas ibunya Eunice Fandiño, menulis surat memohon bantuan mereka.
Eunice mengakui sikapnya yang “tidak ambil tahu” menyebabkan anaknya mengalami obesiti kerana setiap kali anaknya menangis dia akan memberinya makanan atau susu untuk meredakan tangisannya.
SANTIAGO Mendoza bersama ibunya Eunice. |
“Dia seorang bayi yang mudah gelisah, jadi setiap kali dia menangis saya memberinya makan,” katanya.
Stesen radio Caracol melaporkan berat badan Santiago menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan sejak dilahirkan dan sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital atas sebab tertentu.
Pengarah Yayasan Chubby Hearts Salvador Palacio González berkata kanak-kanak itu akan dinilai oleh doktor pakar di Klinik Perubatan Colina dan kemudiannya akan cuba menurunkan berat badannya kepada tahap yang diingini sebelum dihantar menjalani beberapa siri pembedahan.
“Mungkin, apa yang diperlukannya adalah rawatan jangka panjang, pendidikan, makanan yang sihat dan apabila mencapai usia yang sepatutnya, dia perlu menjalankan aktiviti fizikal.
“Jika tidak, dia berpotensi mengalami diabetes, darah tinggi dan masalah sendi yang teruk,” kata pakar bedah, Cesar Ernesto Guevar dalam satu kenyataan.
Eunice memberitahu, dia tidak membawa Santiago keluar berjalan kerana bayi itu terlalu berat tetapi dia yakin dengan bantuan yang diberikan dan berjanji akan mematuhi segala arahan yang diberikan doktor demi kesihatan anaknya.-hmetro.com.
0 Komentar untuk "Awesome, Inilah Bayi Paling Gemuk Didunia."