Dianggap Anjing, Kura-Kura Ini Diajak Bersiar-siar Oleh Pemiliknya Keliling Tokyo
Jika bicara tentang haiwan kesayangan, umumnya, anjing adalah kesayangan yang paling sesuai diajak jalan-jalan keliling taman perumahan atau ke taman. Namun siapa kata hanya anjing saja yang boleh diajak keluar rumah dan berjalan-jalan di sekitar?
Seperti disiarkan dari rocketnews24.com, seorang pakcik tua kelihatan di jalanan sedang berjalan-jalan dengan sabar bersama seekor kura-kura besar sekitar Tokyo. Mungkin kerana tidak punya anjing dan hanya punyai haiwan kesayangan kura-kura, ia akhirnya mengajak berjalan-jalan si kura-kura keluar rumah.
Jika dibandingkan dengan anjing, seberapa banyak perjalanan yang boleh anda lakukan dengankura-kura? Kura-kura berjalan dengan perlahan, tidak boleh melompat dan bahkan terlihat kesulitan mengangkat tubuhnya sendiri. Bukannya senang, mungkin anda malah bosan. Tapi berbeza dengan PAKCIK tua yang satu ini, sepertinya, kura-kura adalah teman terbaik untuk menemaninya berjalan saat tubuh badannya sudah tak sekuat dan secepat dulu.
Pakcik tua dan kura-kura ini ditemui di kawasan Tsukishima-Tokyo untuk melawat sebuah restoran dan berada di lingkungan para pecinta haiwan. Dan meskipun tidak diketahui secara jelas apakah pakcik dengan kepala botak tersebut penduduk Tsukishima atau bukan, namun pakcik tua dan si kura-kura ini kelihatan beberapa kali di kawasan sekitar situ untuk berjalan-jalan.
Bahkan pakcik tua dan kura-kura ini juga sempat ditemui oleh penduduk di kawasan Ginza yang jelas sekali cukup jauh dari kawasan Tsukishima. Untuk haiwan sekelas kura-kura yang jalannya lambat dan pakcik-pakcik yang sudah berusia lanjut, ini sangat luar biasa. Banyak sekali komen positif yang datang dari pelbagai sosial media masa foto ini muncul, dan jelas sekali mengejutkan bahawa haiwan sekelas kura-kura juga boleh diajak jalan-jalan sejauh itu.
0 Komentar untuk "Dianggap Anjing, Kura-Kura Ini Diajak Bersiar-siar Oleh Pemiliknya Keliling Tokyo"