Pasangan Ini Tinggal di Dalam Kereta Kerana Tidak Sanggup Bayar Hutang.


 Selain keperluan asas, manusia juga perlu memikirkan keperluan-keperluan yang tidak terduga. Ada baiknya jika kita berjaga-jaga dengan menabung ketika hal yang dijangka itu datang. Mungkin kisah yang dialami pasangan berikut ini akan memberikan sedikit pelajaran berharga bagi kita tentang pentingnya berfikir jauh ke depan dalam memenuhi keperluan.


Pasangan suami isteri bernama Philip and Victoria Sherlock ini, dikutip dari dailymail.co.uk, harus menjalani hidup mereka di dalam kereta. Sebabnya mereka telah kehilangan rumah mereka berserta isinya kerana tidak sanggup membayar hutang mereka pada sebuah badan pembekal pinjaman.

Masalah pasangan ini bermula apabila Philip perlu melakukan pembedahan usus pada Oktober lalu yang memaksanya berhenti dari pekerjaannya. Padahal ia perlu membayar kos sewa rumah yang tidak sedikit. Dalam keadaan terdesak, tanpa pikir panjang pasangan Sherlock ini akhirnya pergi ke beberapa tempat peminjaman wang.



 Mereka telah berusaha keras untuk boleh menutup hutang mereka, tetapi kerana mereka meminjam terlalu banyak, hutang mereka telah mencapai £ 2,000  dalam dua bulan. Untuk membayarnya, mereka perlu menjual perabot rumah tangga seperti mesin basuh, peti ais, bahkan tempat tidur mereka.

Setelah barang-barang mereka habis terjual, mereka memutuskan untuk tinggal di dalam kereta dan pergi ke tempat  isteri bekerja. Mereka meletak kereta sekaligus tinggal di sana. Mereka menggunakan tandas di pasar raya dan mandi di tempat mandian. Mereka meminimakan kos makan dan seringkali pergi ke tempat makan yang menawarkan makanan percuma.



Dalam kehidupan sehari-hari mereka, Victoria pergi ke tempat kerjanya sedangkan Philip sibuk mencari pekerjaan. Menurut jurucakap kerajaan di kawasan tersebut, mereka tidak boleh ikut campur dalam masalah peribadi, tapi mereka boleh memberikan pelbagai maklumat berkaitan pekerjaan, atau tempat tinggal.


0 Komentar untuk "Pasangan Ini Tinggal di Dalam Kereta Kerana Tidak Sanggup Bayar Hutang."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info