Lizzie Velasquez, Wanita 'Paling Hodoh' di Dunia


Seorang perempuan, yang sering diganggu kerana penampilan fizikalnya, telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang. Saat berusia 17 tahun, Ketika Lizzie Velasquez harus menyaksikan sebuah video di Youtube bertajuk 'Perempuan Buruk Rupa Sedunia'. Video berdurasi lapan saat itu telah ditonton sebanyak 4 juta kali dan ternyata menampilkan dirinya.

"Saya terkejut. Namun, yang paling membuat saya mual ialah apabila saya mula membaca komen-komen video tersebut, "kata Velasquez, mengenang kejadian sembilan tahun lalu.

Salah seorang menulis, 'Mengapa orang ibubapanya memelihara dia?'. Yang lain pula  menulis 'Bakar dia sampai mati'.

Beberapa komen bahkan menyarankan Lizzie bunuh diri dan mengatakan mereka akan buta jika melihatnya terus. Komen yang berjumlah ribuan itu membuat Lizzie gementar.

"Saya menangis beberapa malam. Sebagai seorang remaja, saya berfikir hidup saya selesai. Saya tidak boleh bercakap mengenainya dengan orang lain, "katanya.

Lizzie memang dilahirkan berbeza. Masa lahir beratnya hanya mencapai 1.2 kilogram. Kini, di usia 26 tahun, berat badannya hanya 27 kilogram. Lizzie diketahui mengidap sindrom Marfan dan lipodystrophy yang mengakibatkan dirinya tidak boleh menaikkan berat badan. Kerana badannya tidak mampu menyerap pemakanan, tulangnya mudah patah dan sukar pulih jika terkena jangkitan.

Di hospital, Lizzie sering menjalani pembedahan, mulai dari
pembedahan mata, telinga, hingga kaki. Mata kanan Lizzie sama sekali tidak boleh digunakan untuk melihat, sementara mata kirinya rosak. Keadaan itu menyebabkan penampilan fizikal Lizzie berbeza. Akibatnya, dia kerap dibuli oleh rakan-rakannya dan bahkan orang yang tidak mengenalinya.

Namun, di rumah,ia mendapat cinta dan kasih sayang dari kedua ibubapanya, Rita dan Lupe. Sejak lahir, kedua
ibubapanyanya tidak pernah menyesali penampilan puteri mereka. Itulah mengapa Lizzie mampu berfikir positif walaupun dia sering diganggu. Kekuatan itulah mampu membuat Lizzie mampu tersenyum, berbuat baik kepada sesama, serta memaafkan mereka yang menghinanya.



0 Komentar untuk "Lizzie Velasquez, Wanita 'Paling Hodoh' di Dunia"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info