Ditahan Polis Kerana Mabuk, Wanita China Mengamuk Sambil B0g3L.
Pasangan suami-isteri Sying Hseuh dan Xiao Chen Li tiba-tiba dihentikan oleh polis trafik di Wenzhou, Wilayah Zhejiang, China. Sebabnya, mereka memandu kereta dalam keadaan mabuk. Sying yang baru pulang dari undangan acara makan itu rupanya tidak terima ketika ditahan. Dia bahkan berusaha memukul polis yang bertugas.
Seolah tidak terima suaminya dianiaya, Xiao lalu keluar kereta dan terus melucutkan seluarnya. Sambil bertelanjang, Xiao membantu suaminya memukul polis yang bertugas. Tidak merasa malu sepasang suami isteri mabuk itu nekad menarik perhatian pejalan kaki di sekitar lokasi kejadian.
Beberapa penduduk sempat mengambil gambar Xiao yang bertelanjang sambil mengamuk kepada polis yang bertugas. "Kedua-dua orang ini benar-benar kelihatan hilang kawalan. Si wanita tiba-tiba berlaku aneh. Lucu saja saat dia berusaha mengganggu semua," kata seorang penonton, Liang Yao, dikutip dari Mirror.
"Si suamiterjatuh semasa hendak memukul polis yang bertugas, si wanita berteriak dengan kata-kata kotor, dan polis kelihatan tidak tahu harus berbuat apa," katanya lagi . Jurucakap polis berkata dalam operasi lalu lintas tersebut juga berjaya menangkap 6 orang yang memandu sambil mabuk. "Untuk wanita yang mabuk itu, ada tambahan hukuman lantaran dia mendedahkan tubuhnya di muka umum," ujar jurucakap polis setempat.
0 Komentar untuk "Ditahan Polis Kerana Mabuk, Wanita China Mengamuk Sambil B0g3L."