Bagi setiap kanak-kanak, hari-hari paling menyeronokkan adalah apabila mereka berada di sekolah dan bermain bersama dengan rakan-rakan sebaya. Masa-masa paling indah dalam hidup boleh dikatakan adalah masa kanak-kanak. Namun, seorang anak berusia 7 tahun bernama Aditya Mishra nampaknya harus menghadapi mimpi buruk di usianya yang masih sangat muda kerana ia dijauhi oleh rakan-rakanya.
Aditya menderita penyakit ketumbuhan di wajahnya. Penyakit ini sendiri membuat wajahnya nampak buruk dan menakutkan. Bahkan, rakan-rakan di sekitar menyebutnya sebagai wajah raksasa. Ketumbuhan yang ada di wajahnya bahagian kanan membuat mata Aditya tidak boleh melihat kerana tertutup. Tidak hanya itu saja, dari hari ke hari ketumbuhan itu bahkan membuat wajah kanak-kanak malang ini semakin menghitam dan kelihatan menakutkan.
Ibunya, Neetu Mishra mengatakan bahawa "Apabila Aditya lahir, dia baik-baik saja dan sihat. Namun, dengan peredaran masa ketumbuhan itu muncul dan tumbuh semakin parah sehingga membuat wajah putra saya cacat." Kerana keadaan wajahnya inilah, rakan-rakan di sekolah dan di persekitaran rumah Aditya menjauhinya.
Rakan-rakan Aditya menjauhinya kerana merasa takut. Beberapa di antara mereka menganggap bahawa Aditya adalah raksasa dan beberapa lagi menyebutnya hantu. Aditya sangat ingin pergi sekolah dan bermain seperti kanak-kanak pada umumnya, namun oibubapa dan pihak sekolah melarangnya untuk sekolah. Aditya diberitahu jika ia pergi ke sekolah, ia akan membuat takut rakan-rakannya dan menjadi bahan ejekan.
Sebelum ketumbuhan itu muncul, menurut ibu Aditya sering mengadu rasa sakit di kepala dan dahi bahagian kanannya. Sakitnya, ia bahkan tidak makan dan tidak minum berhari-hari. Memandangkan keadaan keluarga yang kurang mampu, kanak-kanak 7 tahun tersebut belum boleh menjalani pembedahan kerana tidak adanya kos.
Namun saat ini, pihak keluarga sedang berusaha mengumpulkan dana untuk operasi bedah bagi Aditya. Doktor yang memeriksanya mengatakan 5 kali pembedahan untuk membuat Aditya kembali normal.
popular post
-
Theresia Mariana Susanti, Pramugari tercantik di Indonesia tengah hangat diperbincangkan di pelbagai media sosial dan forum di dunia may...
-
Selain Valentine atau hari kekasih yang serupa dengan mereka yang sudah punyai teman lelaki atau suami, ada juga hari bujang atau single...
-
Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan tanpa pakaian , lapor sebuah ak...
-
Walaupun telah cuba membunuh diri, Apabila seseorang belum ditakdirkan untuk meninggal dunia maka ia tidak akan meninggal. Tuhan mempunya...
-
Saat hujan lebat, dan diiringi dengan angin kencang, terkadang payung biasa tidak cukup, untuk menjaga tubuh yang kering. Untuk menjaga...
-
Indigo Rose' adalah jenis tomato baru yang berwarna agak aneh. Buah ini berwarna hitam di bahagian luar dan ungu-merah pada bahagia...
-
Sekumpulan saintis dari California baru-baru ini menemui seekor tikus yang aneh di Afrika. Meskipun tubuhnya tikus, ia mempunyai ...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan sete...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Dianggap Raksasa Kerana Wajah Buruk Kanak-kanak Ini Dilarang Bersekolah."