Aneh! Jambatan Paling Curam dan Ekstrem di Jepun.

 

Sebuah iklan kereta di Jepun baru-baru ini menjadi perbincangan netter di sana. Mereka tercengang melihat jalan yang menjadi lokasi  iklan tersebut. 


Belakangan ini iklan Daihatsu menarik perhatian di Jepun kerana memaparkan tol jambatan yang melampau. Dari video tersebut maka nampak cerun jalannya yang seperti mendaki gunung. Akibatnya, para netter pun heboh membicarakan kebenarannya.



 
 
 Jalan di dalam iklan Daihatsu tersebut merupakan tol jambatan layang Eshima Ohashi. Jalan 2 hala itu menghubungkan bandar Matsue, perfektur Shimane, dengan Sakaiminato perfektur Tottori. Jalannya membentang 1.7 km dengan lebar 11.3 meter menjadikannya jambatan dirangka kukuh terbesar di Jepun dan ketiga sedunia.




Jika dilihat dalam sudut pandang berbeza maka akan kelihatan jalan layang itu tidak seekstrim di iklan. Pihak pengiklan memang melebih-lebihkan tanjakannya untuk menyampaikan mesej bahawa  kereta kuat untuk bukit. Sebenarnya tanjakannya cukup selesa untuk memandu iaitu 6 peratus di sisi Shimane dan 5 peratus di Tottori yang boleh ditawan kenderaan apapun.
2 Komentar untuk "Aneh! Jambatan Paling Curam dan Ekstrem di Jepun."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info