Pencuri 2,000 Sepende dan Bra Kantoi Apabila Tempat Persembunyian Runtuh.
Selalu ada cara bagi pencuri untuk menyembunyikan barang curiannya. Entah bagaimana ia menyimpannya, di peti atau di tempat tersembunyi lain dan biasanya perkara itu cukup hebat, untuk menutupi kejahatannya.
Tetapi yang terjadi pada pencuri ini mungkin boleh membuatnya malu. Sebabnya, barang curiannya yang berupa pakaian dalam wanita, yang ia simpan di bumbung rumahnya terbongkar setelah siling tersebut runtuh akibat tidak kuat menahan beban.
Lalu apa yang membuatnya menyembunyikan barang tersebut di siling rumah? Dan dari mana ia berjaya mencuri pakaian dalam atau pakaian yang begitu banyak, sehingga jumlahnya mencapai 2,000 pasang ?
Rupanya, lelaki bernama Tang yang berasal dari bandar Yulin, Guangxi, China, mencuri pakaian dalam selama satu tahun dari jirannya yang sering menjemur pakaian dalam.
Tindakan tersebut memang tidak pernah diketahui, apalagi yang dicuri hanya pakaian dalam, sehingga banyak wanita yang tidak mempedulikannya. Akibat bumbungnya yang runtuh kerana kelebihan beban, perbuatannya tersebut akhirnya terbongkar.
Dan jiran di tempatnya tinggal akhirnya tahu, jika selama ini yang mencuri pakaian dalam adalah jirannya sendiri.
Setelah disiasat pihak berkuasa, rupanya lelaki yang berumur 30 tahun tersebut, mengalami gangguan mental, di mana masa kecilnya ia taksub untuk mencuri pakaian dalam. Namun tidak ada mangsa yang mahu mengambil pakaian dalamnya yang sudah dicuri.
0 Komentar untuk "Pencuri 2,000 Sepende dan Bra Kantoi Apabila Tempat Persembunyian Runtuh."