Pelik! Penemuan Ular Aneh Dengan Sepasang Kaki Ditangkap di Filipina



Penduduk di sebuah bandar kecil di Isabela, Filipina, digegarkan oleh penemuan ular dengan sepasang kaki yang menyerupai cicak baru-baru ini. Ular aneh itu ditemui di Mallig, Isabela, dan ditangkap oleh keluarga Gambol, yang merupakan penduduk tempatan dari Baranggay Olango.

Penemuan yang tidak dijangka dari ular berkaki tersebut, bermula apabila seorang penduduk tempatan bernama Noberto Gambol Jr., tengah membersihkan rumah mereka. Dia kemudian secara tidak sengaja melihat sosok ular yang merayap di lantai rumah mereka, demikian seperti yang disiarkan The Controversial Files.

Ular itu berusaha melarikan diri dan kemudian bersembunyi ke kotak, yang membuat Noberto mudah untuk membunuhnya. Dan apabila mengangkat tubuh ular itu, Noberto seketika terpesona kerana ia melihat seperti ada sesuatu yang luar biasa dengan ular itu, dan ternyata dugaan dia benar kerana ular aneh itu ternyata mempunyai sepasang kaki.

Sejak saat itu, berita tentang penemuan ular berkaki tersebut merebak dengan sangat cepat, seperti membangkitkan imaginasi dan membentuk pelbagai teori tentang asal-usul ular aneh tersebut.





Di tengah pelbagai teori yang muncul, para saintis membuat kesimpulan bahawa, penampilan luar biasa dari ular yang telah ditangkap oleh Noberto tersebut disebabkan kerana mutasi genetik.

Walaupun para saintis kesal kerana ular tersebut telah dalam keadaan mati, namun mereka sangat bersemangat untuk meneliti lebih jauh tentang proses perubahan yang melampau yang berlaku pada ular aneh tersebut.

Saat ini, ular dengan sepasang kaki tersebut sedang dipelihara oleh keluarga Gambol. Mereka ingin menjadikan ular aneh yang ditangkap tersebut sebagai barangan baru dari keluarga mereka.


0 Komentar untuk "Pelik! Penemuan Ular Aneh Dengan Sepasang Kaki Ditangkap di Filipina"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info