Anda Tahu: Terdapat 200 Juta Bakteria dan Kuman Diatas Meja Komputer Anda.


Meja kerja anda hendakalah sentiasa bersih, tentu menjadi idaman setiap pekerja. Tetapi apakah anda yakin jika meja yang bersih bebas dari kuman atau bakteria? Belum tentu, jika anda sudah melihat apa yang ada di meja kerja anda.

Kita juga selalu bergantung kepda makcik cleaner untuk membuat meja kita kelihatan bersih. Tetapi jika anda harus makan di depan meja kerja, perlu waspada walaupun meja tersebut kelihatan bersih.

Ternyata ada berjuta-juta hingga ratusan juta bakteria yang bersarang di meja kerja, yang memang tanpa kita sedari kita juga menyebarkannya. Contohnya apabila kita ke tandas, satu daripada empat pekerja tidak pernah mencuci tangannya, dan itu boleh menjadi media penyebaran bakteria.

Bakteria-bakteria tersebut memang tidak akan terlihat oleh mata kasar, kerana ukurannya sangat kecil sekali. Namun jika sampai masuk ke dalam saluran pencernaan, boleh menyebabkan beberapa gangguan kesihatan.





Dr Lisa Ackerley, seorang profesor di bidang kesihatan awam melakukan kajian, untuk melihat sejauh mana keadaan yang ada di meja kerja. Dan ia mendapatkan hasil yang cukup mengejutkan, di mana pekerja yang sudah keluar dari tandas, terdapat kira-kira 200 juta bakteria di setiap inci di tangannya.

Dan ia akan menyebarkannya di keyboard, pintu, telefon, hingga meja tempatnya bekerja. Belum lagi jika ia melakukan berjabat tangan, maka setiap orang di bilik tersebut kemungkinan besar akan tercemar bakteria.

Dan ia juga melihat sekitar 5 orang yang tercemar bakteria, akan menyebarkan kepada kira-kira 14 orang lain. Tentunya ini sangat berbahaya. Oleh sebab itu, mencuci tangan setiap kali kita selesai dari tandas merupakan kewajiban, dan jangan lupa gunakan sabun antibakteria, untuk mengurangkan bakteria yang tidak mati dan terbilas oleh sabun.

Dr Lisa Ackerley juga menegaskan, untuk mengelakkan mengambil makanan di meja makan. Kerana bakteria akan dengan mudah masuk ke dalam saluran pencernaan.






0 Komentar untuk "Anda Tahu: Terdapat 200 Juta Bakteria dan Kuman Diatas Meja Komputer Anda."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info