Salah satu syarikat di India baru saja melancarkan produk kecantikan dengan bahan-bahan yang sangat istimewa. Bahan-bahan tersebut berasal dari air kencing dan tahi lembu. Kedua bahan istimewa ini dikatakan dapat menghilangkan jerawat di wajah.
The Visha Hindu Parishad atau yang disebut dengan VHP adalah organisasi bukan kerajaan yang membuat ubat jerawat dari bahan air kencing dan tahi lembu. "Penggunaan air kencing dalam ubat-ubatan dan produk kecantikan akan membantu petani dan mencegah mereka untuk menjual lembu," kata pemimpin VHP, Venkatesh Abdeo.
"Penggunaan tahi lembu untuk mencegah jerawat telah diketahui sejak dulu," tambahnya. "Tetapi orang-orang tidak mahu menggunakan najis, itulah sebabnya kami membuat produk kecantikan dari bahan-bahan tersebut."
Selain ubat jerawat, VHP juga membuat beberapa produk kecantikan diantaranya adalah sabun kecantikan, gel mandi dan krim pelembab. Sabun tersebut dibuat dari air kencing lembu, lidah buaya dan minyak badam. Sementara gel mandi dibuat dari abu najis lembu dan krim pelembab mengandung beeswax serta najis lembu yang telah disuling.
Venkatesh menyakinkan pelanggannya bahawa produknya lebih semulajadi dan mujarab berbanding produk sejenis di pasaran. Ia juga menambah bahawa bau busuk pada produknya telah dihapuskan sehingga para pembeli tidak perlu bimbang.
Air kencing dan tahi lembu diharapkan dapat menjadi sebuah revolusi dalam industri penjagaan kulit. Selain itu, VHP juga pernah membuat minuman dengan bahan utama air kencing lembu.
0 Komentar untuk "Produk Najis dan Air Kencing Lembu Mampu Menghilangkan Jerawat di India.."