Ngeri! Wanita Berusia 28 Tahun Berubah Jadi Nenek Setelah Beranak.
Wanita berasal dari Hunan, China, menderita penyakit yang sangat jarang berlaku. Sebabnya, wanita yang bernama Hu Juan ini berubah menjadi nenek setelah ia melahirkan anak sulungnya.
Hu menderita keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai penyakit Cutis laxa. Penyakit ini menyebabkan kulit di wajah dan lehernya jadi mengendur seperti nenek berusia 60-an atau 70-an. Pesakit menghidapai penyakit jarang ini ada 10 orang di seluruh dunia, termasuk Hu sendiri.
Rupanya, keadaan ini bermula apabila Hu melahirkan anak pertamanya. Enam bulan selepas melahirkan, wanita berusia 28 tahun ini mula menyedari bahawa penampilannya berubah drastik.
Ibu dari dua anak tersebut walaupun tidak dapat mengenali dirinya sendiri ketika sedang bercermin. Penyakit ini menyebabkan Hu menjadi kemurungan dan bahkan berniat mengakhiri hidupnya kerana malu dengan keadaannya. Namun, cinta dan sokongan dari suaminya terus memberinya kekuatan untuk meneruskan hidup.
Pada awalnya, Hu dan suami percaya bahawa keadaan akan bertambah baik setelah ia melahirkan anak kedua mereka. Namun, wajah dan leher Hu tidak menunjukkan tanda-tanda perbaikan sama sekali. Maka doktor pun menyarankan untuk melakukan pembedahan agar dapat mengembalikan keanjalan pada kulit.
Namun, doktor juga tidak berani memberikan kepastian mengenai hasil dari pembedahan tersebut. Ketika ini, Hu dirawat di sebuah klinik di Shanghai. Pasukan doktor dan Psikologi berusaha cuba untuk membuat hidupnya lebih baik.
0 Komentar untuk "Ngeri! Wanita Berusia 28 Tahun Berubah Jadi Nenek Setelah Beranak."