Ngeri! 8 Kematian Tragis Yang Luar Biasa Pada Abad 21.


Setiap manusia pasti akan meninggal dunia, cepat ataupun lambat.Kita harus boleh menerimanya dengan ikhlas. Punca kematiannya pun berbeza-beza. Ada yang meninggal kerana sakit, kemalangan atau tiba-tiba meninggal tanpa sebab yang sukar jelas.

Berbeza dengan kematian beberapa orang berikut ini. Mereka meninggal dunia dalam keadaan yang paling unik. Penyebab kematian mereka sangat jarang terjadi sepanjang sejarah dicatatkan. Dan inilah 8 kematian yang luar biasa pada abad 21.

1. Kematian brittanie Cecil oleh tembakan keping hoki.
Brittanie Nichole Cecil, gadis Amerika berusia 13 tahun merupakan peminat sukan hoki yang meninggal akibat luka yang dideritai ketika bola hoki melencong ke arahnya dan mengenai dirinya. Ia sedang berdiri ketika bola tersebut menyambangi wajahnya. Kejadian nahas tersebut berlaku di Nationwide Arena di Columbus, Ohio. pada tarikh 16 Mac 2002 lalu. Ini merupakan pertama kalinya ada peminat yang jadi mangsan dan mati dalam sejarah NHL selama 85 tahun.

2. Gadis meninggal kerana disedut paip di kolam renang.
Erika Tomanu, seorang gadis berusia 7 tahun di Saitama, Jepun meninggal ketika kepalanya tersedut dan masuk ke dalam paip pam sepanjang 10 meter di Water Park, Saitama Jepun. Penjaga kolam menganggap kolam tersebut selamat untuk berenang. Perlu waktu sekitar 6 jam untuk mengeluarkan tubuh gadis tersebut dari paip.

3. Lelaki Korea meninggal selepas bermain video game online selama 50 jam berturut-turut.
Lee Seung Seop, 28 tahun dari Korea Selatan, meninggal selepas bermain video game online StarCraft selama hampir 50 jam berturut-turut. Pada tahun 2005, Lee melawat sebuah kafe internet di bandar Daegu dan bermain StarCraft terus-menerus selama lima puluh jam. Dia terkena serangan jantung dan meninggal di hospital setempat. Seorang teman melaporkan, "Dia adalah seorang penagih game. Kita semua tahu tentang hal itu. Dia tidak boleh menahan diri untuk tidak bermain game." Kira-kira enam minggu sebelum kematiannya, rakannya yang juga seorang pemain maniak, putus dengannya dan ia juga dipecat dari pekerjaannya .

4. Lelaki Eropah bunuh diri di webcam.
Kevin Whitrick, seorang lelaki Eropah berusia 42 tahun, bunuh diri dengan cara gantung diri di depan webcam saat sesi chat masih berlangsung. Dia berada di chat room di PalTalk dan bergabung dengan kira-kira 60 pengguna lain dalam chat room khusus "penghinaan" di mana orang-orang yang terlibat di dalamnya saling menghina satu sama lain. 


Dia berdiri di atas kerusi dan membuat lubang di langit-langit dan menggantungkan tali di antara kayu palang. kemudian diikatkan hujung tali tersebut di sekitar lehernya, lalu turun dari kerusi. Beberapa orang berfikir ini adalah jenaka, hingga wajahnya mulai membiru. Beberapa orang di chat room berusaha keras untuk mencari alamatnya. Seorang ahli chat room tersebut menghubungi polis dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

5. Wanita meninggal akibat serangan jantung kerana shock berada di pengebumian beliau sendiri.
Fagilyu Mukhametzyanov dari Kazan, Rusia telah salah dinyatakan meninggal oleh doktor. Wanita 49 tahun itu menjerit apabila menyedari orang-orang akan menanamnya. kemudian wanita tersebut kembali dibawa ke hospital yang sama di mana ia telah dinyatakan meninggal, ia didakwa telah mengalami serangan jantung kerana shock. Suaminya sangat marah dan menyaman hospital tersebut.

6. Lelaki terbunuh oleh mesin pemotong rumputnya sendiri.
Seorang lelaki meninggal ketika memotong rumput di luar stesen kereta api di Kungsbacka, Sweden selatan. Dia memotong rumput dengan kedudukan condong yang sangat curam, akhirnya ia jatuh bersama mesin pemotong rumput dan ia berada tepat di bawah mesin tersebut dan pisau rumput tersebut akhirnya merosakkan tubuhnya.

7. Pengantin baru wanita terbunuh dalam letupan aneh yang disebabkan oleh kuda.
Erica Marshall, seorang doktor haiwan Eropah berusia 28 tahun di Ocala, Florida, meninggal ketika ia sedang merawat kuda dalam ruangan hiperbarik. Kuda tersebut menendang dinding dan menimbulkan percikan api dari ladam dan mencetuskan letupan.

8. Pelajar Universiti terpenggal pada kemalangan go-kart.
Tugba Erdogan, mahasiswa Turki berusia 23 tahun, meninggal pada 23 Februari 2013 dalam kemalangan go-cart di litar Adapazari, sebuah bandar di sebelah barat Istanbul. Scarfnya yang berada di lehernya tersangkut roda belakang kereta yang menyebabkan kepalanya dipenggal.
0 Komentar untuk "Ngeri! 8 Kematian Tragis Yang Luar Biasa Pada Abad 21."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info