Charles membawa pulang kambing ke kediamannya di kawasan ladang anggur dan pengeluaran keju Fairview di Afrika Selatan. Tidak ingin 750 kambingnya kehilangan bakat semulajadinya, ia kemudian berfikir membuat kemudahan khusus agar ternaknya boleh mendaki ke atas kerana hanya ada tanah rata di pekarangannya.
Bangunan itu dinamakan menara kambing @ Goat Tower. Sesuai namanya, bentuknya memang bangunan menjulang yang dibina daripada batu bata dan mortir dengan tangga kayu lingkaran di luar yang mengarah ke atas. Di dalamnya juga ada ruang untuk kambing berehat yang bersambung dengan tingkap di sisi tangga kayu.
Sejak dibina pada 1981, kini menara kambing milik Charles jadi identiti ladang Fairview Wine and Cheese. Sebenarnya menara kambing pertama dibuat oleh Fernando Guedes da Silva da Fonseca di Aveleda, Portugal. Sedangkan milik Charles ini jadi yang kedua dan kini tiruannya sudah merebak di seluruh dunia, salah satunya Tower of Baaa di Illinois.
Tower of Baaa dibina pada 1998 dan menjadi menara kambing tertinggi yang pernah ada. Tingginya 9.5 meter dengan diameter 2 meter. Ada 276 anak tangga pekeliling yang menjadi akses kambing jalan-jalan mendaki menara.
0 Komentar untuk "Aneh! Kandang Kambing Seperti Menara, Khas Untuk Kambing Berehat."