Aneh! 10 Makanan Pelik Dimakan Secara Hidup-hidup Paling Jijik Didunia.


Pelbagai banyak makanan lazat yang diperbuat daripada daging mentah sebagai bahan utamanya. Di antaranya adalah carpaccio, hoe, sushi, steak tartare dan masih banyak yang lain yang melibatkan daging atau ikan mentah.

Namun para chef sepertinya berfikir terlalu jauh dengan menempatkan makhluk hidup seperti haiwan untuk disajikan terus di atas pinggan. Tentu saja haiwan-haiwan tersebut masih menggeliat dan bergerak-gerak di atas pinggan dan berikut ini ada 10 jenis makanan hidup-hidup yang paling menakjubkan.


1. Ying Yang Yu.
Konsep China 'yin-yang' atau kekuatan berlawanan diterapkan untuk konsep hidangan ini, yang ertinya "ikan mati dan hidup". Ying yang yu digoreng kecuali bahagian kepala. Ikan ini disajikan dengan sos manis dan asam, hidangan ini benar-benar hidup di dalam, kepalanya bergerak dan menggeliat-geliat. Hidangan ini dimasak dengan cepat dan cukup kejam dengan organ mentah di dalamnya.

2. Ikizukuri.
Ini merupakan bentuk lain dari sashimi, tapi ikizuri menggunakan ikan. Ikizuri secara fizikal  bererti "siap hidup". Pelanggan boleh memilih sendiri ikan yang ia ingin makan dari tangki. Ikan disajikan hidup-hidup beserta isi perutnya kemudian di potong-potong. Sebahagian besar ikan disajikan utuh memasukkan seluruh bahagian ikan, dan apabila dimakan, anda akan melihat jantungnya masih berdetak dan mulut yang masih bergerak untuk bernafas.

3. Sannakji.
Ini merupakan hidangan yang berasal dari Korea, bahan utama makanan ini adalah sotong atau nakji. Sotong yang bersaiz kecil terus disajikan  atau bahagian tentakelnya dipotong, tetapi tetap guritanya masih dalam keadaan hidup dan terus disajikan di atas pinggan. Kadang, anak sotong terus dibumbui dengan minyak bijan dan benihnya langsung dihidangkan.

4. Frog Sashimi.
Untuk hidangan Jepun yang satu ini, katak hidup dipotong dan diletakkan di atas pinggan dengan ais batu. Sedikit sashimi dihiris dan selebihnya direbus untuk sup. Bayangkan, potongan kaki katak yang masih ada kulitnya dengan isi perutnya yang masih bergerak terus ditabur garam. Sementara sebahagian besar potongan lain dalam kedaan mati dan yang tetap dipertahankan hidup adalah bahagian jantung katak yang masih berdetak ketika disajikan di atas pinggan. Seluruh bahagian kepalanya juga disajikan utuh beserta kulitnya.

5. Sea urchins dan Oysters (Bulu Babi dan Tiram).
Makanan yang satu ini memang tidak bergerak, tetapi mereka masih dalam keadaan hidup. Orang-orang tidak menyedari bahawa mereka telah menelan sesuatu yang hidup ketika banyak bulu babi hidup yang melekat pada tiram yang mereka makan. Di Itali, bulu babi atau mereka menyebutnya dengan ricci di mare merupakan makanan yang popular, begitu juga dengan tiram yang terkenal di dunia.

6. Odori Ebi.
Ini merupakan hidangan lain dari udang, sashimi Jepun ini terdiri dari satu anak udang dan dihidangkan dalam satu hidangan. Udang dikupas dan kadang kepalanya dibuang. Makanan ini kemudian digoreng tetapi bahagian kakinya tetap dibiarkan hidup dan bergerak. Kemudian makanan ini dicelupkan ke dalam sake yang memabukkan agar lebih mudah untuk dimakan.

7. Drunken Shrimp.
Makanan ini menjadi hidangan utama di China, kira-kira 10 udang dewasa disajikan dengan semangkuk baijiu, iaitu minuman yang mempunyai kadar alkohol sekitar 40-60%. Jika akan dimakan, mereka harus menangkap udang yang masih melompat-lompat dalam cecair baijiu dan langsung dimasukkan dalam mulut. Udang tersebut mungkin akan terus bergerak di dalam mulut hingga akhirnya dikunyah dan mati.

8. Noma Salad (Salad Semut).
Denmark s Noma, merupakan salah satu daripada 50 restoran terbaik di dunia. Makanan ini dijual dengan harga US $ 300. Semut dibekukan agar mereka bergerak lebih lambat dan mereka menambah croutons untuk mendapatkan tekstur garing untuk saladnya. Semut-semut tersebut merangkak di atas daun salad dan rasanya seperti serai dan kayu manis.

9. Jumiles dan Chumiles Tacos.
Makanan ini berasal dari serangga dengan bau busuk dan sering dimakan hidup-hidup. Chumiles mempunyai saiz lebih kecil dari jumiles dan mempunyai rasa lebih kuat dari jumiles. Tapi keduanya sangat tinggi iodin. Serangga ini umumnya hidup di bawah batu dan merupakan makanan khas Mexico terutama di wilayah Taxco. Mereka sering dimakan hidup-hidup dengan menambah tacos, salsa, guacamole atau sos lain untuk menjaga mereka berjalan di pinggan.

10. Casu Marzu.
Makanan ini menggunakan keju Sardinian atau biasa disebut casu marzu. Tempat pembuatan keju ini dilarang untuk dikunjungi, alasannya ulat melompat-lompat setinggi 6 inci. Semasa penguraian keju, larva lalat dimasukkan dalam keju untuk mencairkan lemak ketika dimakan yang membuatnya jadi lebih lembut dan berbau.

0 Komentar untuk "Aneh! 10 Makanan Pelik Dimakan Secara Hidup-hidup Paling Jijik Didunia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info