Wow! Wanita Gemuk Ini Sering Diejek Kini Berubah Menjadi Seksii dan Cantik


Semua wanita pasti ingin mempunyai badan yang seksi dengan berat badan yang normal. Namun, ada sebahagian wanita yang tidak boleh mendapatkan perkara tersebut. Di dunia ini ada banyak wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan, hal ini pastinya akan dianggap sangat aneh dan sering kali menjadi bahan ejekan orang lain.

Perkara ini lah yang berlaku pada Amy Gardon, wanita gemuk yang sering diejek oleh rakan-rakannya. Ia mempunyai berat badan yang sangat berlebihan sehingga rakan-rakan sekolahnya mengejek dan mengatainya sebagai kanak-kanak bodoh.

Setiap hari Amy mengaku tidak pernah terlepas dari buli rakan-rakannya. Ia selalu menjadi mangsa buli sehingga membuatnya menjadi pencetus untuk menurunkan berat badannya.

 
Kerana lali dengan buli rakan-rakannya tersebut, Amy bermotivasi untuk menurunkan berat badannya. Namun, untuk menurunkan berat badanya tersebut Amy memerlukan usaha yang sangat keras. Amy memerlukan masa selama 10 tahun barulah ia mendapatkan berat badan yang ideal. 

 Amy mengaku pemakanan beliau tersebut tidak berjalan dengan lancar, ia sering kali mengalami berat badan yang naik turun kerana pemakanan beliau yang tidak teratur tersebut. Hingga akhirnya Amy memutuskan untuk menjadi vegetarian sejati.

Selama bertahun-tahun Amy menjadi vegetarian dan hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja. Tapi, usaha Amy ini tidak sia-sia. Pengorbanannya menjadi vegetarian sejati ternyata membuahkan hasil yang sangat memuaskan.

Kini Amy berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 44 kilogram daripada berat badannya yang mencapai 116 kilogram. Amy merasa sangat puas dengan pengorbanannya tersebut.

 
Amy mengaku kini ia boleh membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa wanita hodoh juga boleh menjadi cantik dan seksi. Kerana tubuhnya yang kini sudah langsing, Amy berjaya menjadi cover utama majalah Weigh Watcher 2014.

Ia juga berniat ingin menurunkan berat badannya menjadi kurang dari 50 kilogram serta memakai bikini di percutian tahun ini di Tunisia.
0 Komentar untuk "Wow! Wanita Gemuk Ini Sering Diejek Kini Berubah Menjadi Seksii dan Cantik"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info